Wednesday, July 8, 2015

Adab bersalaman ketika hari raya


Assalamualaikum...!
Alhamdulillah..9 hari lagi menuju Syawal!
Masa itu nantilah kita ambil peluang nak bermaaf-maafan...tapi awas..jagalah aurat & mahram kita...
Berikut adalah senarai yang kita DIHARAMKAN untuk bersalam..
Sama-samalah kita terus mendapat pahala di bulan syawal nanti..semiga bermanfaat!


A GOOD REMINDER:

Bukan Mahram yg TAK BOLEH salam:

Lelaki:-
1. Isteri kepada adik beradik bapa
2. Isteri kepada adik beradik emak
3. Adik beradik perempuan bapa mertua
4. Adik beradik perempuan emak mertua 
5. Anak perempuan adik beradik isteri
6. Kakak Ipar
7. Adik Ipar perempuan
8. Sepupu perempuan
9. Sepupu Ayah (perempuan)
10. Sepupu Emak (perempuan)

Perempuan:-
1. Suami kepada adik beradik bapa
2. Suami kepada adik beradik emak
3. Adik beradik lelaki bapa mertua
4. Adik beradik lelaki emak mertua 
5. Anak lelaki adik beradik suami
6. Abang Ipar
7. Adik Ipar Lelaki
8. Sepupu Lelaki
9. Sepupu Ayah (lelaki)
10. Sepupu Emak 
Ada yang tak tahu. Dan kadang2 kita terlupa. Nampak mcm boleh tp sbnrnya tak boleh.
Haa..nampak cantik tp tak leh sentuh. 
Jangan buatbuat lupa. Haram. Ni dah tahu..minta minta ler sampaikn pd yg bernama saudara.



Salam sayang,
Suhana

Tuesday, June 30, 2015

Fisiologi TURUN BERAT BADAN ketika berpuasa


Assalamualaikum & Salam Sejahtera!!!

Alhamdulillah..sudah 13 hari kita berpuasa.

Sue tahu, ramai yang target bulan puasa adalah waktu paling sesuai nak kuruskan badan...

Betul tak?

So sekarang dah turun berapa kg???hihi..


Kalau ikot cara yang betul...amalan pemakanan yang betul, bulan puasa adalah platform paling baik untuk turunkan berat badan...

So, harini sue nak cerita...macam mn proses penurunan berat badan boleh terjadi di bulan puasa..




               


*********************************************************************

Rumusan Fisiologi Puasa

Fasa 1 : Hari 1-2 :

Gula dalam badan menurun.
Jantung berdegup perlahan.
Glikogen ditarik keluar dari otot dan menjadikan otot berasa lemah.
Tindak balas badan ialah pening, rasa nak muntah,lapar dan mulut berbau.

Fasa 2 - Hari 3-7 :

Lemak mula dipecahkan bagi tujuan penghasilan tenaga. Berlakunya tindakan kimia dari gliceride ke glicerol ditukarkan kepada glukosa.
Fasa ini juga berlakunya proses detoksifikasi. Menyebabkan badan dan kulit rasa berminyak.
Selain itu organ detoks seperti paru-paru berasa kurang selesa.
Pada fasa ini juga aktivit sel darah putih meningkat sekaligus meningkatkan sistem antibodi.

Fasa 3 - Hari 8-15 :

Proses ditoksifikasi berlangsung dgn sel-sel mati dan rosak di keluarkan.
Proses penyembuhan lebih mudah berlaku, malah penyakit lama juga dibaiki.
Mungkin berlaku rasa sakit pada fasa ini.
Pada fasa ini juga tenaga dipertingkatkan dan fikiran menjadi lebih jelas.

Fasa 4 - Hari 16-30 :

Badan mula selesa dgn puasa.
Proses pemulihan masih berlaku, hasilnya pernafasan menjadi lebih baik dan kualiti darah meningkat.

*********************************************************************
Okey, dah fahamkan??
Tapi, sekiranya amalan pemakanan anda tak betul, makan tanpa mengawal jumlah kalori dan glukos, proses ini tidak akan berjaya kerana anda terus menambah jumlah lemak di dalam badan...

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat anda semual...

Salam sayang,
Suhana
0167734749



Monday, June 29, 2015

Keperluan minum air manusia


Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Minggu lepas, sue ada kongsikan artikel berkenaan TIPS minum 8 gelas sehari...

U alls dah baca lom? kalau ada yang terlepas, boleh baca DI SINI



Macam mana? dah cuba ke tips tu?
Ke minum 8 gelas air manis?hihihi...
Ke berkali-kali buat appointment dengan cik tan?

Ada rakan yang bertanya, 8 gelas air tu tak terlalu banyak ke?
Sebab, menurut Ke**n Za**r*, tak perlu minum air banyak-banyak...
mana 1 betul ni?

Haaa...korang jangan keliru...maksud beliau tu, jangan minum air banyak-banyak pada 1 masa.
lagi banyak minum , lagi cepat badan badan akan membuangnya..lagi cepatlah rasa haus!


Sebenarnya, keperluan air sehari adalah bergantung kepada berat badan anda...
Semakin tinggi berat badan, semakin banyak isipadu air yang anda perlukan.

Berikut ini, sue kongsikan kepada rakan-rakan jadual keperluan minum air mengikut berat:

Keperluan minum air mengikut berat badan

TAPI...

Jadual ini hanya untuk individu NORMAL..yang tidak mengamalkan apa-apa supplemen,

Pada kawan-kawan yang ada mengamalkan SUPPLEMEN, tak kiralah jenama apa...(tapi yang thorbaik mestilah SHAKLEE kan? :P) anda haruslah melebihkan isipadu air ini sebanyak 500ml - 1 liter.

Ini bertujuan untuk membantu buah pinggang / ginjal memproses mineral & vitamin dengan lebih efisyen & berkesan!

Sekian, itu sahaja perkongsian sue hari ini...semoga bermanfaat!



Salam sayang, 
Suhana 
0167734749

Thursday, June 25, 2015

7 AMANAT TAN SRI SYED MOKHTAR AL BUKHARY KEPADA USAHAWAN ISLAM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

Alhamdulillah hari ini sudah 8 Ramadhan. Sue perhatikan , ramai kawan-kawan yan cari inisiatif menambah pendapantan di bulan yang mulia ini. Ada yang berniaga di bazar, ada yang menjual kuih raya, ada yang ambil upah menjahit & macam-macam lagi... 

Tahniah, kerana korang menjadikan perniagaan ini sebagai salah 1 cabang menabah pendapatan.
Sue nak share sedikit tips rahsia berjaya dalam perniagaan oleh Syed Mokhtar Al Bukhary. Sapa tak kenal beliau kan?? Salah seorang jutawan di Malaysia ini..

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat berguna buat sahabat-sahabat semua..

#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan

Beliau nasihatkan agar para usahawan FOKUS kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.
Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.

#2 – Kejayaan Perlukan Masa

Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.
Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang.
Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. “Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” jelas beliau ringkas.

#3 – Jangan Putus Asa

Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.
Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan.
“Saya ni tiada apa-apa, tiadaapa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” jelas beliau sekali lagi dengan nada rendah diri.
Beliau ada berkongsi susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.
Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.
“Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal” jelas beliau.

#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu

Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.
Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.
Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti.
“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” kata beliau.

#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri

Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.
Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita.
“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” jelas beliau.

#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri

Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.
Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.
Jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan.
“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” jelas beliau.

#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat

Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.
Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha.
“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” jelas beliau

Wednesday, June 24, 2015

HB rendah ketika hamil ----->>> Dilema para Ibu!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kawan-kawan....

Dalam minggu lepas ada beberapa rakan yang  hamil mengadu mempunyai masalah HB RENDAH

Mereka bertanya kepada Sue, apa yang perlu dibuat?
Macam mana nak naikkan semula bacaan HB?



*****************************************************************
Sebelum kita pergi lebih jauh, lebih baik kita kenal-kenal dulu dengan masalah ini


---------------------------------------------------
Apa maksud HB RENDAH / ANEMIA?
---------------------------------------------------

Bila seorang wanita mengandung, beliau mungkin mengidapi anemia. Dalam keadaan ini, beliau mungkin merasa penat dan anak dalam kandungan mungkin akan jadi kecil dan dilahirkan sebelum waktunya. 
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi.
Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin. Sekiranya zat besi atau vitamin B12 dan folat tidak dibekalkan dengan cukup, penghasilan darah merah mungkin tidak cukup untuk keperluan. Bila jangkamasa kandungan semakin meningkat isipadu darah makin bertambah dan ini menyebabkan pencairan darah berlaku. Walaupun sel darah merah makin bertambah, namun penghasilan plasma darah lagi bertambah dan menyebabkan keadaan yang kita panggil anemia relative atau fisiologi.Di kalangan populasi yang cukup zat besi, seseorang itu dikatakan mengidapi anemia bila tahap hemoglobin kurang dari 11 g/dl semasa trimester pertama, 10.5 g/dl semasa trimester kedua dan 10 g/dl dalam trimester ketiga.

--------------------------------------------
Kesan ANEMIA pada ibu & janin
--------------------------------------------

Kesan Anemia terhadap Ibu dan Bayi


------------------------------------------------
Bagaimana nak naikkan bacaan HB?
------------------------------------------------

Menjaga pemakanan paling penting!!!
Anda perlu makan banyak sayur-sayuran berdaun hijau tua, roti bijian penuh, bijirin yang diperkaya dengan zat besi, kentang, daging merah tanpa lemak, kerang-kerangan, kismis, prun dan kekacang.

Keperluan dan kadar penyerapan mungkin berbeza mengikut tubuh masing - masing.
Cadangan saya waktu pagi selepas sarapan ambillah 1biji B COMPLEX.
Selepas makan tengah hari,  ambil 2 biji VITALEA bersama 1biji SR VIT C.

Elakkan pengambilan minuman berkafein dan bergas kerana kafein menghalang penyerapan zat besi.
InsyaAllah, bacaan HB anda akan mula naik.

1.VITALEA IRON FORMULA :
Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.

2.SR VITAMIN C :
Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.

3.B COMPLEX :
Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.


Anda menghadapi masalah HB rendah?
Jom dapatkan Vitalea, Vitamin C & B complex anda hari ini.

Hubungi Sue di 0167734749

atau   ORDER DI SINI






Monday, June 22, 2015

Tips mengelakkan hidrasi dibulan ramadhan...minum 8 gelas air sehari!

Assalamualaikum & salam sejahtera!

Alhamdulillah...dah 5 Ramadhan! cepatnya masa berlalu!

Cuaca memang dah mula panas terik!
Ramai yang letih kurang air!
Bibir dah mula merekah,
Kulit dah mula kering menggelupas, 
Mulut dah mula ditumbuhi ulser! 

Wajib sangat minum 3 liter air untuk mengekalkan cecair dalam badan! 
Bagi yang memang suka minum air kosong, tak menjadi masalahlah…yang tak biasa, macam mana pula... ??

Harini, Sue nak kongsikan tips bagaimana nak minum 8 gelas air kosong sehari (keperluan air dalam badan). 

Ramai yang bertanyakan kepada Sue, macam mana nak minum air banyak-banyak...nanti kembunglah perut. macam mana nak terawih, kalau asik berkejaran ke tandas!


                              



|Kesan kekurangan air dalam badan|
1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek).
2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah.
3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang 
dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak. 
4. Tekanan darah menurun. 
5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk. 
6. Lesu pada waktu siang. 
7. Sakit belakang. 
8. Dehidrasi. Tubuh akan mengalami dehidrasi. 
Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.
9. Sakit kepala. 
10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.
11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara. 
12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair. 
13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik. 
14. Meningkatkan keinginan untuk makan. 
15. Darah menjadi lebih pekat .
16. Mudah keliru. 
17. Degupan jantung semakin meningkat. 
18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.
19. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.
20. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing. 
21. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.
22. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain.
23. Kulit menjadi kusam. Ini kerana kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.


|Cara Menghabiskan 8 Gelas Air di Bulan Ramadhan|

Berikut adalah tips mudah bagaimana anda boleh menghabiskan 8 gelas air dalam 1 malam untuk menggantikan air yang dah hilang dari badan:


TIPS MINUM 8 GELAS AIR DI BULAN RAMADHAN
Mudah sahaja! Bila anda cukup mengambil 3 liter sehari, proses badan akan menjadi lancar, kulit juga tidak kering and kusam lagi, anda juga tak mengalami masalah sembelit....dan yang paling best, bila kita cukup mengambil air, berat badan pon cepat turun tau!

Kalau tak suka minum air masak, tambahlah PERFORMANCE DRINK di dalam air anda!

Performance drink membantu mengelakkan hidrasi di bulan puasa


PERFORMANCE DRINK :
~diperkaya dengan formula OPTI-LYTE!
-mengelakkan hidrasi dengan mengekalkan cecair dalam badan
-kurangkan kekejangan
-memberi tenaga segera

Selamat mencuba!

Salam sayang, 
Suhana 
0167734749


Friday, June 19, 2015

Melatih Anak Berpuasa - Mealshake & Performance Drink pilihan TEPAT!

Assalamualaikum & salam sejahtera....



Alhamdulillah....sudah 2 Ramadhan!
Macam mana puasa, ok? aktif? Letih?bertenaga? (Jawap dalam hati ye)

Bercakap pasal puasa ni,ramai ibu-ibu nak latih anak berpuasa seawal mungkin!
Alhamdulillah...
ada yang umur 4 tahun dah boleh puasa setengah hari...
Ada yang umur 6 tahun, dah dapat puasa sebulan....

Tapi, dilema ibu-ibu....anak payah bangun pagi...!
Lama ambil masa nak kejut!
Susah nak telan nasi!
Tak mahu makan!

Ishhh..macam mana nak bertahan kalau tak makan?
Macam mana nak ke sekolah kalau tak cukup air dan tenaga?

Tak ada masalah dah...

Bersahurlah dengan shake yang sedap MEALSHAKE + PERFORMANCE drink!!!
Satu family boleh share.. 

Untuk tenaga berpanjangan..

InsyAllah, pasti anak-anak suka!
Gabungan perasa VANILLA & OREN
Memang sedap!

InsyaAllah...sampai berbuka aktif... 
Takkan  merungut lapar dan dahaga!

Set Berpuasa Untuk Anak-Anak

SET BERPUASA UNTUK ANAK-ANAK: 

1.MEALSHAKE:
~membekalkan 19vitamin & mineral yang penting
~sesuai untuk semua peringkat umur
~memberikan tenaga berkekalan
~indeks glisemik RENDAH yang memeri rasa kenyang yang lebih lama
~sumber serat yang baik untuk mengelakkan SEMBELIT


2.PERFORMANCE DRINK :
~diperkaya dengan formula OPTI-LYTE!
-mengelakkan hidrasi dengan mengekalkan cecair dalam badan
-kurangkan kekejangan
-memberi tenaga segera


Berminat untuk dapatkan Set Berpuasa Untuk anak-anak?
Boleh roger sue anytime ya...
016-7734749





Semoga anak-anak korang berjaya puasa sepenuhnya tahun ini!InsyAllah....