Hai kawan-kawan...sue nak tanya, siapa pembaca blog sue orang JAWA?
Siapa orang JOHOR?
Hihi...kalau orang JOHOR, tak kiralah melayu, bugis, atau jawa, mesti makan tempe!
TEMPE ni diperbuat dari kacang soya yang dikulatkan...
Banyak sangat khasiat kacang soya ni, antaranya:
~Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.
~Kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous. Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.
~Mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung.
~Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
~Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
Harini, sue nak kongsikan 1 resepi mudah berasaskan TEMPE iaitu TEMPE GORENG TEPUNG.
Tempe goreng tepung ni paling sesuai dijadikan kudapan ketika minum petang atau pon sarapan pagi. Paling sedap kalau cicah dengan sambal kicap ye! hihi...
RESEPI TEMPE GORENG TEPUNG:
Bahan-bahanya:
Tempe yang dipotong segiempat nipis
Serbuk kunyit
Secawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
Sedikit ketumbar
2 ulas bawang putih
Sedikit jintan manis
Sedikit Jintan putih
Sedikit garam
Air
Cara membuatnya:
1. Tumbuk hingga lumat bawang putih, jintan manis & jintan putih
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung,garam & serbuk kunyit.
3. Masukkan bahan yang ditumbuk.
4. Bancuh bahan-bahan tadi dengan air( jangan terlalu pekat atau terlalu cair ya)
5. Celup tempe dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.
Makan tempe goreng ni, kalau tak dicicah dengan sambal kicap memang tak sah kan!hihi...kat sini sue kongsikan resepi sambal kicap:
Bahan-bahan:
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
Gula secukup rasa
Kicap
Sedikit perahan limau kasturi
Cara membuatnya:
5. Celup tempe dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.
![]() |
macam mana?tergoda tak?hihi |
Makan tempe goreng ni, kalau tak dicicah dengan sambal kicap memang tak sah kan!hihi...kat sini sue kongsikan resepi sambal kicap:
Bahan-bahan:
10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
Gula secukup rasa
Kicap
Sedikit perahan limau kasturi
Cara membuatnya:
1. Tumbuk hingga lumat bawang putih & cili padi
2. Campurkan sedikit gula ikot kesukaan rasa
3. Tambahkan kicap dan perahkan sedikit air limau kasturi
2. Campurkan sedikit gula ikot kesukaan rasa
3. Tambahkan kicap dan perahkan sedikit air limau kasturi
Selamat mencuba kawan-kawan!!!!
singgah pagi
ReplyDeletesory hr nie x de mood nak BW, demam x baik lagi ..
office sejuk beku... hehe
Good morning kak zakiah...laaa demam ke?ke monday blues...hihihi...jaga diri okey!
Deleteyumm..yumm..sedapnya..
ReplyDeletesuka jgk mkn tempe..goreng garing2..fuhh
Sangatttttt sedap..feberet saya tempe ni!hihi...
DeleteYa Allah sedapnyer sis... bab cicah ngn sambal kicap tu meletoppp... hehe
ReplyDeleteHihihi...xde sambal kicap xlayan la tempe n...mereka serasi bersama...hihihi
Deletesedapnya tengok pagi-pagi ni... dah la tak sarapan lagiks (^___^)
ReplyDeleteHihi..maaf kerana menyiksa mata ...jemput jamu mata je ye!
Deletesaya org jawa johor . tempe dan sambal kicap umpama irama dan lagu , isi dan kuku ...heheheee
ReplyDeletekannnnnn.....mmg serasi la bersama....kalau minum ptg kat luar pon, mesti cari tempe goreng
Deletefavourite saya ni. dah nama jawa johor. menariknya kat sp, lepas celup tepung, depa tabur bijan. sedap jugak
ReplyDeletehahaha...jawa johor tp dok SP ea...wahhh siap ade bijan ke?boleh cuba lepasni...tgk boleh 'masuk' ke tak
Deletepernah jumpa orang jual pisang goreng, ditabur bijan jugak. tepung tu rasa lebih rangup. tapi apa la maknanya kalau takde sambal kicap...
Deletesaya suka tempe walaupon bukan orang Johor. hihihi. darah johor tu ada sikit sebab mak orang johor. hihihi. tempe sungguh enak dimakan begitu saja.
ReplyDeletehihi...tapi ade gak orang yang mmg xlalu makan tempe.tak boleh masuk lgsg katanya!
DeleteAsal kudapan ni boleh jadik lauk,sue..lebih lagi ada sambal kicap
ReplyDeletehaah kak...juadah paling senang kalau ada tempe ni..
Deletesedap sedap dh jd peberet jugak cicah pisang atau ubi dgn sambal kicap.pengaruh duduk d johor dlu. hihi
ReplyDeleteyup..kat johor kalau yg goreng goreng ni..ubi ke,keledek ke, pisang ke..mesti nak cicah dgn sambal kicap!
DeleteCikna bukan org johor bkn org jawa tp Tempe mmg febret asal mskn tu Dr Tempe mmg cikna bedal... Tempe goreng berherba ni sllunye cikna beli sekeping 50sen je...
ReplyDeletehihi.kalau cikna buat sendiri lagi murah..kalau beli kat luar saiznya kecik..tak puas nak makan
DeleteSedapnya... nanti Zumal nak cari tempe gak. Salam Ramadhan yer...
ReplyDeletecarilah zumal..kalau di johor ni memang sentiasa ada...kat negeri lain tak pasti pulak...salam ramadhan juga!
Delete