Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, June 8, 2015

Tempe Goreng Tepung- Kudapan berprotein tinggi!

Assalamualaikum!

Hai kawan-kawan...sue nak tanya, siapa pembaca blog sue orang JAWA?
Siapa orang JOHOR?

Hihi...kalau orang JOHOR, tak kiralah melayu, bugis, atau jawa, mesti makan tempe!

TEMPE ni diperbuat dari kacang soya yang dikulatkan...

Banyak sangat khasiat kacang soya ni, antaranya:

~Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.

~Kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous. Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.

~Mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung.

~Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

~Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.


Harini, sue nak kongsikan 1 resepi mudah berasaskan TEMPE iaitu TEMPE GORENG TEPUNG.
Tempe goreng tepung ni paling sesuai dijadikan kudapan ketika minum petang atau pon sarapan pagi. Paling sedap kalau cicah dengan sambal kicap ye! hihi...


RESEPI TEMPE GORENG TEPUNG:

Bahan-bahanya:

Tempe yang dipotong segiempat nipis
Serbuk kunyit
Secawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
Sedikit ketumbar
2 ulas bawang putih
Sedikit jintan manis
Sedikit Jintan putih
Sedikit garam
Air


Cara membuatnya:

1. Tumbuk hingga lumat bawang putih, jintan manis & jintan putih
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung,garam & serbuk kunyit.
3. Masukkan bahan yang ditumbuk.
4. Bancuh bahan-bahan tadi dengan air( jangan terlalu pekat atau terlalu cair ya)
5. Celup tempe dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.



macam mana?tergoda tak?hihi


Makan tempe goreng ni, kalau tak dicicah dengan sambal kicap memang tak sah kan!hihi...kat sini sue kongsikan resepi sambal kicap:

Bahan-bahan:

10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
Gula secukup rasa
Kicap
Sedikit perahan limau kasturi

Cara membuatnya:

1. Tumbuk hingga lumat bawang putih & cili padi
2. Campurkan sedikit gula ikot kesukaan rasa
3. Tambahkan kicap dan perahkan sedikit air limau kasturi


Tak ada makna makan tempe goreng tanpa sambal kicap!

Selamat mencuba kawan-kawan!!!!