Hujung Minggu memang masa untuk Sue meluangkan masa dengan
keluarga!memang semua orang pon tunggu-tunggu kan Sabtu & Ahad. Tapi pada
Sue, Sabtu lebih bermakna..Sebab, kami Orang Johor, kami ada hari hujung minggu
berbeza. Suami Sue cikgu, so dia bercuti Jumaat & Sabtu. Sue pula orang
swasta, cuti Sue hari Sabtu Ahad! Hanya Sabtu sahajalah hari kami meluangkan
masa bersama! Dan masa nil ah sue suka main masak2! Yelah, nak hildangkan menu
paling special buat keluarga kan!
Sue minat memasak, walaupun kurang mahir! Hihi..tapi apa nak
risau, pak Google kana ada! Terasa nak makan apa-apa, search sahaja! Tapi, sue
paling gemar baking…Resepi sue paling suka buat & sue rasa mudah adalah
BISKUT CHIP COKLAT! Resepi & cara yang mudah, tak perlu pakai mixer, Cuma
gaul sahaja! Biskut ni pon xperlu pakai pencetak!
Biskut
ni kegemaran suami, sangat perfect untuk dibuat minum petang, sengan air the
atau kopi!perghhh, memang terangkat!Firas pon suka biskut ni, sebab penuh
dengan cip coklat & kekacang... Di sini sue kongsikan resepinya… Sue ambil
resepi dari blog kegemaran sue kalau nak resepi lain atau nak penerangan lebih
lanjut melalui gambar utuk resepi biskut ni, korang jenguk –jenguk la blog kak
azie
Nah...ini resepinya: Salin jangan tak salin!
Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract
Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips
Cara cara:
1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan
sehingga sebati dengan menggunakan whisk.
2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda
bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke
dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut
dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
3.Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang.
Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega
pun.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu
160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di
atas jaring.
SELAMAT MENCUBA!!!
Sedapnya..nak buat pun mudah je :)
ReplyDeleteHaah dear..mudah sangat,gaul-gaul je..yang penting suami & anak suka..
ReplyDelete