Showing posts with label ayam masak ungkep. Show all posts
Showing posts with label ayam masak ungkep. Show all posts

Thursday, May 21, 2015

Ayam Masak Ungkep ------>>> Resepi ayam yang palingggggg sue suka!

Assalamualaikum sahabat-sahabat Sue,

Harini sue nak kongsikan resepi masakan ayam yang paling sue suka!
Masak ungkep ni adalah masakan jawa. Selalu ada bersama dengan nasi ambeng...!
Ayam ungkep ni, kita bole cakap, resepi ayam masak ketumbarlahhh....hihi..

Orang johor ni, walaupun bukan berketurunan jawa sekalipun, mesti minattt makan masakan jawa.
termasuklah sue! Kalau orang Johor tak maan tempe, tak makan ungkep, tak makan pecel, kira tak Johor sangat laaa...(boleh ekk camtu?Kahhh!)

Ungkep ni kalau kita google resepinya, ada pelbagai versi..tapi, kat sini sue kongsikan resepi yang diberi oleh kakak sue yang berkahwin dengan orang Jawa. Mungkin bole dikategorikan sebagai resepi original Ungkep juga la yekk...

Sue tak ada sukatan yang sebenar, jadi, korang bole agak2 la macam mana nak sesuaikan kuantiti bahan dengan ayamnya ye! Sue tak profesional masak ni tapi cukuplah bole buatkan suami tersenyum!

Bahan-bahan:

Seekor ayam (potong kecil-kecil)
*2 sudu ketumbar
*1 sudu jintan manis
*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Kunyit hidup
*Beberapa biji cili padi (ni sue tambah sendiri sebab nak rasa pedas)
2 Batang Serai
Air asam jawa
Air secukupnya
Daun kunyit (optional)

Cara-caranya:



1.Sangai ketumbar & jintan manis sehingga garing.



2. Tumbuk/ kisar semua bahan yang bertanda *


3. Tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan serai.



4.Selepas beberapa minit, masukkan ayam & sedikit air untuk kuahnya.
(Sue suka dia berkuah sedikit, so sue memang tambah air,tapi kalau anda suka versi kering tak perlu tambah air)

5.Tutup kuali dan biarkan sehingga ayam empuk.



6, Masukkan air asam jawa & perisakan dengan garam,



7.Taburkan dengan daun kunyit,Siap!Sila makan dengan nasi panas! Nyaman!

Selamat mencuba!!