Friday, May 8, 2015

VIVIX -------- Harapan baru buat pesakit ANGIN AHMAR & STROK

Vivix bantu kurangkan gejala angin ahmar!
Angin ahmar atau kita panggil strok!
Serang semua orang tak kira umur & jantina

Meh kenal-kenal dulu....apa itu angin ahmar?

Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.
Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal. Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.

Macam mana nak tahu kita diserang strok?
Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
·         Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
·         Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
·         Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang lain secara tiba-tiba
·         Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
·         Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
·         Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
·         Sukar menelan


Arwah abah saya juga penghidap angin ahmar...
Tapi masa tu saya terlalu kecil untuk memahami kesakitan abah..
Saya lahir, abah dah lumpuh sebelah badan..
Umur saya 4 tahun, abah meninggalkan saya sekeluarga..

Kalaula saya berpeluang bantu abah,...
Saya pasti belikan abah VIVIX ...
Kalau korang sayangkan mak & abah,,
Belikan lah mereka VIVIX...
Harga VIVIX langsung tak terbanding dengan budi & jasa mereka besarkan kita tau!

InsyALLAH, ada yang dah Nampak perubahan hanya dalam 2 minggu..lebih baik mencuba dari tak buat apa-apa kan?Vivix hanya asbab, yang memberi kesembuhan hanya Allah s.w.t....wallahualam

Jom belek-belek dulu testimoni Vivix membantu pesakit angin ahmar:


Vivix membantu pesakit mild strok hanya dalam 3 hari sahaja!


Loves,
Senior Supervisor in June
Suhana 0167734749





Thursday, May 7, 2015

Ergonomic SSC pertama buat Firas Rifqiy ---->> better LATE than NEVER!

Alhamdulillah...semalam sampai sudah parcel yang paling Sue tunggu!
SSC buat Firas Rifqiy!hehehe..macam agak terlambat kan?yelah...umur firas dah 2 tahun 7 bulan...baru sekarang nak berSSC!



Dah lama sue usha SSC ni...sebab utama nak berSSC, bukan sebab nak ikut trend , tapi sebab dah tak laratttttt sgt nak dukung Firas bila kita outing..firas tak minat duduk dalam stroller, malas juga nak berjalan..!terpaksalah kami suami isteri bergilir-gilir dukung dia!
memang dia bertubuh agak kecil, tapi tulangnya keras MasyaALLAH...mmg lenguh satu badan..tapi nasib baiklah mummy dia tokey SHAKLEE..hihi..wajib malam2 telan 4biji OSTEMATRIX nak legekan lenguh-lenguh badan!Bukan Sue sorang yang terkesan, hubby pon surrender!

So 2-3 bulan lepas, bermulah episod Sue mengorek ilmu tentang baby carrier ni..paling bermanfaat, banyak sangat ilmu bila Sue join private fb group : SELAT TEBRAU BABYWEAR & MALAYSIAN BABYWEAR. tak lupa juga dengan geng HOT MAMA SAJOHA (geng geng EX SMSJ) yang banyak bagi info ....

Sue tak puas ati, nak juga test drive SSC ni..tak kira la apa brand..sanggup pegi Plaza Angsana & pergi ke booth SELAT TEBRAU BABYWEAR (tak igt nama function apa).So dapatla rasa TULA & Snugbaby!So...mmg dah xcited...nak beliiiiii...

So..bila rasa dah confident, mulala hunting SSC yang berkenan...mula-mula nak beli local maker (harga pon berbaloi)..tapi, tangan tak cukup laju nak slot tempat...beberapa kali cuba naseb, tak ada rezeki...so terpaksa la hunting yang over the sea punya brand..hihi..dalam byk2 SSC, LENNY LAMB la yang paling Sue bokonan...sbb die wrap conversion type...so takla panas tok firas nanti..design pon cun cun gak...ada byk juga on9 seller yang jual, macam Our Kedai, Dhiashop..tapi mostly pre-order (org xcited tak mampu nak tunggu lelama hahaha)..So somewhere in last week tah macam mana ttbe terrrlike page ASADEL BABYWEARING..so follow kedai tu,,,,n 2 hari lepas die ade post pasal READY STOK LENNY LAMB..haaa..Sue tak tunggu lama...trus PM n mintak design...alhamdulillah...harga ok..ada diskaun...dapat free postage + free DROOL PAD...tak pikir banyak,,,terus wassap suami..tunjuk design yang berkenan...n tros bayar..servis diorg cepat, friendly jugaaa...hihi..bayar harini esoknya terus dapat....

Taraaaaaaaa inilah SSC Firas Rifqiy!

Nampak tak free gift tu?hihi tapi firas tak perlu pakai pon!

Santek tak???? Hihi..ni MINT LACE..nampak yang ni tros tak tgk yang lain...!

First time back carry..Firas nampak excited giler kan?hopefully its worth to spend for...Firas tak reject bila kita outing nanti...mummy & papa dah tak larat dukung kamu sayang...

Tu je lah Sue nak share...haha excited punya pasal...komen2 anda ttg SSC amat dihargai disini....Selamat BerBaby Wearing kawan-kawan!

Loves,
Senior Supervisor in June
Suhana 0167734749




OMEGA GUARD - MINYAK IKAN KESAYANGAN SAYA!

Setiap orang ada vitamin kegemaran kan?

Bagi sue...OMEGA GUARD memang vitamin kesayangan Sue..setiap hari, wajib makan 3 biji selepas makan tengah hari...

Meh sue share kat sini...kenapa OMEGA GUARD menjadi vitamin kesayangan sue...

Check it out ya!!!!




5 SEBAB KENAPA SAYA AMALKAN OMEGA GUARD SHAKLEE : 

- umur dah masuk 29 tahun, sejak bsalin czer ni.. Mmg kerap pelupa..lagi2 short term memory.. Stress juga kadang2!! Jadi...lepas amalkan omega, ingatan saya semakin baik..taklah selalu 'BLUR' je..hahahaha..!

-pecahkan lemak dalam organ..menurut dietition shaklee yg sy jumpe, lemak bawah kulit bole pecah dgn senaman!tapi lemak dlm organ xbole..kene amik supplemen utk pecahkn lemak..OMEGA GUARD IS THE BEST CHOICE!! Haaa lemak bawah kulit & lemak dlm organ bezaaaaa taw!
Lagila untuk sue yang tak berbenkung dulu...spare tyre memang obvious tauuuuu..

-sejak amalkn OMEGA GUARD, firas sgttttt jarang selesema & berkahak..rasanya last dia sesema & berkahak 6 bulan lepas kot..kalau demam xde pakej batuk selesema pun!

- saya rasa saya BIJAK! cepat buat keputusan...idea dtg mncurah2..lagi2 kalau nk sharing pasal shaklee atau buat formula masa kerja! best sgtttttt

-walaupon firas bertubuh kecil & berat kurang berbanding kawan2 sebayanya, tp sy rasa Firas rifqiy seorang anak syurga yang AKTIF, CERDIK, SGT CEPAT BELAJAR...mudah sgt nk ajar die ilmu baru..kalau tunjuk bnde baru cepat je die dpt tangkap!

ohh..mmg xbole tggal la OMEGA ni...suke!!!! Korang bila lagi nak cuba OMEGA GUARD...
Cepat la rebut sementara PROMO BULAN MEI ni!

Loves,
Senior Supervisor in June
Suhana 0167734749

Wednesday, May 6, 2015

Kolagen & Nutriferon dah ada stok????




waaaaa....bestnya! Mulai May ni...Kolagen & Nuriferon dah mula dijual semula?

Mesti korang yang selalu ternanti-nantikan kemunculan bila agaknya Kolagen & Nutriferon ni dah excited gilerrrr kannn...

Hihihi..so...sapa-sapa yang terstop sekejap misi cantik, gebu anjal tu...dah bole la order Shaklee Collagen Powder ni...

Nutriferon, supplemen yang wajib ade dalam first aid setiap rumah ni pon dah ada!

Dah..dah..kalau nak order...bole roger saya ye??

Loves,
Senior Supervisor in June
Suhana 0167734749

Sunday, June 8, 2014

SUSU SAYA TIDAK CUKUP???BETUL KE???

Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?



Antara faktor yang mendorong tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!

Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal" tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu). Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.
Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum. Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sehingga perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.

Sumber:Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan


Kenapa susu berkurangan????

Selain kurang menyusu, bekalan susu berkurangan mungkin disebabkan:
1. Penggunaan ubat-ubat tertentu
2. Pil perancang
3. Tiroid rendah
4. Anemia
5. Penurunan berat badan mendadak
6. Sejarah masalah hormon
7. Payudara pernah cedera atau dibedah
8. Plasenta tertinggal
9. Pembentukan kelenjar tidak sempurna
10. Penggunaan puting keterlaluan
11. Terlalu awal memperkenalkan makanan
12. Bayi tidur malam tanpa menyusu
13. Bayi salah cara menhisap susu
14. Menghadkan masa atau cara menyusu
15. Penggunaan pelapik puting
16. Mengandung
17. Kembali bekerja dan tidak memerah ikut jadual
18. Haid

Nota Kaki:

1 PERKARA PENTING PERLU ANDA INGAT, PENGHASILAN SUSU ADALAH MENGIKUT KONSEP DEMAND & SUPPLY

SEMAKIN KERAP ANDA MENYUSUKAN BAYI/ MENGOSONGKAN PAYUDARA, SEMAKIN CEPAT PAYUDARA AKAN MEGHASILKAN SEMULA SUSU!!!


The milk supply equation:
Sufficient glandular tissue+ intact nerve pathways and ducts+ adequate hormones and hormone receptors+ adequately frequent, effective milk removal and stimulation = GOOD MILK PRODUCTION

Mahukan lebih info tentang penyusuan susu ibu? Nak tahu apa keperluan untuk penyusuan penuh sehingga 2 tahun bagi ibu2 bekerjaya??Jangan malu jangan segan!Meh hubungi saya!!!

Saturday, April 5, 2014

Shaklee April 2014 : OSTEMATRIX

Assalamualaikum...huhu..lamanya dah tak update blog warungvitamin ni.Rase macam dah mula banyak habuk!!!hukhukhuk..(terbatuk2 tokei kedai)

Alhamdulillah..March melabuhkan tirai dengan 1001 kenangan manis..Alhamdulillah, ramai yg sale mencanak naik dsebabkan ESP!memang fenomena yg luar biasa!hebat!mantop!ramai yg xkenal ESP dah mula jatuh chenta & terpikat dgn kehebatannya!!ramai juga yg dah naik rank sbb ESP!walau apapun,March sudah meninggalkan kita,hidup mesti dteruskan & promo baru menyusul tiba!

Untuk April ini, Shaklee telah mengisytiharkan promosi OSTEMATRIX,Beli 6 Percuma 1,khas buat anda semua!taraaaaaaaa....!!!!



Apa ada pada OSTEMATRIX?Apa yg hebatnya OSTEMATRIX ??Haa,walaupun harganya agak rendah berbanding produk Shaklee yg lain,jgn pandang sebelah mata taw! Banyak manfaat OSTEMATRIX ni!Sebelum saya ulas manfaat OSTEMATRIX, mari kita kaji kandungannya terlebih dahulu:


Daripada gambar di atas,kita bole buat perbandingan,produk dari manakah yang mempunyai kandungan kalsium tertinggi.Dan sudah tentulah,manfaatnya lebih baik dr produk dari jenama lain,kan??OSTEMATRIX memang pilihan terbaik buat anda!

Berikut merupakan manfaat yg bole diperolehi kesan daripada penggunaan OSTEMATRIX secara berterusan:


Apakah kebaikan Ostematrix???

1.Menguatkan tulang:
Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf. Kalsium juga merawat tulang reput, menguatkan gusi dan merangsang darah untuk memekat.

2.Memperbaiki kekejangan dan kebas:
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan mengurangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.Jadi bila kita bangun tidur,badan akan terasa ringan dan selesa walaupun kita terlalu penat atau tidak cukup tidur.

3.Mengurangkan stress:
Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih selesa dan membantu memperbaiki tekanan, mood yang tidak tetap, sakit kepala dan pitam

4.Memperbaiki masalah haid:
Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit sewaktu haid (senggugut) dan membantu membuang air kecil.

5.Pengalkalian tubuh:
Kalsium adalah mineral beralkali dan berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.Sangat sesuai bagi pesakit gastrik.


6.Merawat penyakit ricket:
Ostematrix Meningkatkan penyerepan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.

7.Mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga:
Magnesium dalam Ostematrix adalah ion positif nombor dua penting didalam tubuh badan kita.Jadi ia berfungsi menjadi pengaktif kepada fungsi enzim dlm badan

8.Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot:
Ostematrix Shaklee mengandungi zink, Boron, Mangan dan Kuprum yang membantu memelihara metabolism kerangka badan.

Siapa yang memerlukan OSTEMATRIX???



Tiada yang terkecuali,semua golongan memerlukan kalsium untuk mengimbangi keperluan badan kita.Jangan berlengah lagi!!!Sementara promosi ini,belilah OSTEMATRIX untuk kegunaan seisi keluarga. Jom hubungi saya untuk mendapatkan bekalan kalsium anda sekarang!!!




Thursday, April 3, 2014

Cara Penyimpanan & Pengendalian Susu Ibu (EBM)

Bagi ibu yang berkerjaya, satu-satu cara untuk memastikan niat menyusukan anak sehingga menginjak usia 2 tahun tercapai adalah dengan memerah susu ketika sedang bekerja.Susu ibu yang diperah dan disimpan boleh diberikan pada bayi ketika anda bekerja atau berjaihan dari anak.

TAHUKAH  ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? 
Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

UNTUK MEREKA YG BARU DGN PENYUSUAN SUSU IBU, BERIKUT ADALAH ISTILAH- ISTILAH PENTING BAGI SUSU IBU YANG DIPERAH:

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg sudah diperah, disejukkan bhgn chiller & tidak beku.chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI:

~bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
~bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
~breast milk storage liners/plastic yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu (disteril & BPA FREE)
~Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Ingatan: 
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel seperti berikut:

~Tarikh Perahan (sila gunakan sistem FIFO)
~Waktu perahan (sila gunakan sistem FIFO)
~Kuantiti susu yang diperah(jika perlu)
~Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Nota kaki:
Sila Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan bagi setiap bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.(Untuk ini,anda perlu membuat sedikit penyelidikan tentang tabiat penyusuan anak anda,sekiranya dia minum 4oz sekaligus,dinasihatkan anda menyimpan 4oz setiap bekas.Tetapi sekiranya anak anda minum sedikit2 lebih baik simpan susu dlm kuantiti sedikit.Ini untuk mengelakkan anda memanaskan susu yg sama berkali2 & mungkin bole menjejaskan kualiti susu & terdedah kepada bakteria)

TEMPAT PENYIMPANAN & TEMPOH SIMPANAN EBM:



1.SUHU BILIK

•Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
•Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

Ingatan:
suhu di atas harus stabil, untuk bilik ber-AC, jgn padamkan AC spjg EBM berada di bilik tersebut.

2.FRIDGE/FREEZER
•Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
•bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
•Chiller/mini bar (rak paling atas:2°C- 4 °C)- 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
•Deep freezer, tahan antara 6 bulan-1tahun (Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1°C)

3.BEKAS PENYEJUK?
•cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN:

1.Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

2.Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Berikut adalah Contoh penyimpanan susu saya di rumah:
Disarankan agar anda mengasingkan makanan anda dengan susu yg disejuk beku supaya susu anda tidak dicemari dgn bakteria yg ada pada makanan kita.



JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

Jika anda memerlukan lebih penerangan, jgn malu dan segan untuk menghubungi saya: