Monday, May 18, 2015

Outing Pertama Firas Rifqiy dengan Lenny Lamb


Assalamualaikum sahabat-sahabat,pembaca blog sue semua...

Minggu lepas,sue ada buat review tentang SSC pertama Firas Rifqiy yang sue beli di Asadel...tapi masa tu test drive kat rumah jela...masih xtahu lagi penerimaan "sebenar" firas dgn SSC ni...kat rumah manala sama kan dengan situasi kat luar..

So Jumaat lalu,sue & hubby berpeluang luangkan masa untuk keluar..(kami memang sibuk,hubby balik sekolah memang lewat petang,sue pulak lepas kerja memang terus ke gym-malam memang masa kami berehat)
sebenarnya,hubby cukup excited..die kata, tak sabar nak pakai Mint Lace!! So kami ke Aeon Tebrau City,since hubby nak cari kemeja oren untuk tema sambutan hari guru dia kan..so bole la kita "go live" firas bersama  SSC...


Segak tak 2 beranak ni?


Firas buat muka toya..hihi

Hihi..post pertama 2 beranak ni kat depan lif..mummy dia tak sabar nak capture moment...memula nampak ok...tapi biasalah budak-budak kan..bila masuk mall,mulala tak senang duduk..nak explore,nak berlari,nak sentuh barang..so dalam 15minit duduk dalam tu dia meronta nak keluar...ok la,since die 1st time dengan SSC,mungkin dia tak selesa..kami pon lepaskan dia...apa lagi,berlari-lari la die kegembiraan...kalau budak-budak,mana lagi tempat dia tuju kalau tak ke tempat toys kan...

Hi little captain!!

Haaa nampak tak tu???Firas paling adore dengan Avengers..karektor kegemaran dia of kos la CAPTAIN AMERICA...kesian papa,terpaksa spend masa sekejap kat tempat toys..baru la bole cari kemeja dia lepas tu...

Ok,lepas dah puaskan hati dia kat tempat toys,giliran mummy pulak nak carry Firas,sebab kalau papa yang carry susah pulak dia nak fitting baju nanti...
Ni aksi mummy & Firas...amacam,ok tak?hihihi

Mummy & Firas dengan muka bahagia..bahahaha!!


                       

Kami masih belum lagi berani nak back carry..so kita test test front carry dululah.Tapi sue ok je front carry,takla kepala firas menghalang pandangan sue pon.lagipon kalau back carry,xdpat nak kiss dia..biarlah die kat depan dulu..

So far,alhamdulillah,sue puas hati..for first timer macam kami ni..firas bole accept SSC..cume sue kene bagi masa untuk "lepaskan" firas berjalan-jalan & explore..then lepas tu baru masuk carrier balik..alhamdulilah..takla rasa lenguh-lenguh..letih or sakit badan lagi..SSC memang amat memudahkan kami!!Papa pon dapat pilih baju dengan senang hati,mummy pulak takla terpaksa sentiasa berkejaran nak kawal firas..hihihi..


Selesai urusan kami kat Aeon Tebrau City kami terus ke pasar SMART..hihi..misi cari durian!!tekak sue dah gatal sangat nak rasa durian..bukak mengidam sebab ada baby!tapi memang dah lama teringin nak makan...

Lepas cuci mata kat beberapa gerai,kami park kat gerai paling hujung...ada macam-macam gred durian..dari durian kahwin biasa,sampai la ke musang king & udang merah..tapi kami ambil durian gred D12 je..okeyla,harga dalam bajet..hihi..RM18 sekilo selepas sesi tawar menawar dengan tokey..kalau yang lain tu lagi tinggi harganya..

                 

Haha ..terliur tak??

                    

Firas tu pose je lebih..bagi jamah terus luahkan!! Taknak!!! Bertuah punye anak! Die taknak,mak pak dia la yang kenduri..hihi..sedap!puas hati..isi tebal,kecil ja bijinya...manis,lemak & ada pahit sikit!!!

Alhamdulillah..ni sahajalah perkongsian sue harini..terima kasih kawan-kawan yang sudi baca!!!
Jangan lupa OSTEMATRIX sebelum tidur ya...

Loves,
Sr supervisor in June










Dilema Ibu Bekerjaya - Migrain, Penat & Stress!!!!

Assalamualaikum sahabat-sahabat sue ...

Semoga semua pembaca blog Sue gembira, ceria & sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan..insyAllah...

Kemarin, Sue terima whatsapp dari kakak (padahal duduk depan rumah je..hihi)

Beliau minta sue hubungi rakan sekerjanya (seorang guru), yang sangat memerlukan pertolongan Sue.
Alhamdulillah, peluang sue untuk bantu beliau...

Apabila Sue pm dia, dia memang berada dalam keadaan yang stress,penat, letih, selalu migrain.Mana tidaknya, cuba anda bayangkan,beliau bekerja di siang hari sebagai guru (tugas seorang guru memang berat), dalam masa yang sama terpaksa juga menguruskan 4 orang anak yang masih kecil. Dialah ayah, dialah ibu kerana dia ibu tunggal.

Sungguh, Sue sedih dengan cerita dia..memang dia perlukan Shaklee untuk bantu dia meneruskan kehidupan...Supaya dia kembali ceria, bertenaga & sihat!

Apa yang sue cadangkan?
Oleh kerana fokus utama dia, sakit kepala, penat & stress, sebagai permulaan sue cadangakan :

               OSTEMATRIX  -  B COMPLEX   -  VITALEA

Kenapa sue cadangakan Ostematrix, b complex & Vitalea?mehh sue terangkan sikitttt

1.Ostematrix ( mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)



Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.
Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

2.B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya.

3. Vitalea Iron Formula



Mengandungi 28 jenis Vitamin & mineral penting untuk tubuh badan. Vitalea berfungsi untuk melengkapkan nutrisi harian yang diperlukan oleh individu dewasa.Ianya sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid, dan memberi tenaga. Pengambilan 2 biji Vitalea setiap hari adalah bersamaaan dengan nutrisi 40 jenis lauk. 

Semoga dengan perkongsian ini, dapat sedikit sebanyak membantu kawan-kawan yang mempunyai masalah yang sama.Sue doakan agar beliau serasi dengan Shaklee, insyAllah, aminn.....


Perlukan supplemen?
Ingin tahu lebih lanjut?
Hubungi Sue ya...
016-7734749






Saturday, May 16, 2015

Terima Kasih Cikgu,tanpamu,siapalah aku..




SAJAK SEMPENA HARI GURU

Tajuk: Sabarlah Cikgu  

Sabarlah Cikgu
Ketika kerja keranian
dilonggokkan di mejamu
Di celahan buku-buku latihan
anak muridmu ada fail lusuh
berisi borang ini dan itu

Sabarlah cikgu
Ketika pelbagai dasar caca marba
digalaskan ke pundakmu
Relakan mereka melucutkan hakmu
Tanpa rotan di tangan
Dengan suara bisu
Teruskan juangmu
menjunjung ilmu

Sabarlah cikgu
Ketika anak-anak itu mencebirkanmu
Mereka hanyalah kain putih
yang tercemar lumpur dungu
Dari tempias cendikiawan
yang mengaku tahu
Persis sang tikus
membaiki labu

Sabarlah cikgu
Ketika tugasan maya
menghenyakmu tak bermaya
Tugas hakiki terperenyuk
di hujung meja
Pelajar gagal kau yang ditanya

Sabarlah cikgu
Ketika kau diludahi
karenah pentadbiran yang ego
dan perasan
Dukung prinsipmu
biar prestasimu ditekan
Gaulkan semuanya di pinggan iman
Hirup hikmahnya biar kau
semakin KENTAL!!!!

Sabarlah cikgu...sabarlah
Luruskan dudukmu
Genggam pena ilmu
Dakap redha Tuhanmu
Kejayaan pasti menunggu...
SELAMAT HARI GURU

Dedikasi khusus buat suamiku,kakak ,abang & seluruh guru di Malaysia

Thursday, May 14, 2015

Vitalea for Children ----->>> Tingkatkan Kecergasan & Selera Anak Anda!

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini, sue nak share kisah Adam & Vitalea for Children.
Adam Mukhriz ni anak saudara Sue, anak kakak saya...



Adam ni hantu Vitalea Kids!
Setiap bulan kakak Sue wajib order sebotol Vitalea Kids!
Katanya, ini supplemen kegemaran Adam..
Setiap hari wajib pekena 2 biji!

Kakak Sue cerita, dia terpaksa sembunyi kan atau letak ditempat tinggi semata-mata nak elak Adam makan lebih dari 2 biji sehari!
Kalau dibiarkan, mahu sehari habes sebotol...parah!


Paling best, Vitalea  bantu tambah selera adam !
Dulu tak suka nasi..sekarang dah bole makan setiap hari!
Belajar dulu malas-malas...sekarang ada peningkatan!
Seronok kan..bila apa yang kita laburkan untuk anak berbaloi?

kalau sayang anak...mesti nak bagi yang terbaik kan?
Tak perlu banyak-banyak....VITALEA KIDS cukup!


Jom baca sikit tentang Vitalea for Children ni:

5 Fakta menarik tentang formula baru Vitalea for Children yang perlu anda tahu!

  1. Multivitamin yang hebat -mengandungi Vitamin C, Vitamin  , Vitamin E & semua 8 jenis Vitamin B yang penting untuk nutrisi anak
  2. Mengandungi 200mg Kalsium, Magnesium, Zink & Kuprum
  3. Pemanis semulajadi yang mengandungi Xylitol yang tidak menyebabkan kerosakan gigi
  4. Tiada pewarna ,perasa & bahan tambahan tiruan
  5. Bebas Gluten dengan perasa anggur yang sedap!
Jom kita tengok perbezaan Vitalea yang dulu dan sekarang:






Apakah manfaat Vitalea ni untuk anak kita ye?



Best kan Vitalea baru ni? Patutlah efeknya superb buat Adam!



Berminat nak berikan yang terbaik buat si comel anda?
Tanya Sue untuk khidmat nasihat PERCUMA

Suhana 
0167734749




Wednesday, May 13, 2015

Phytocol ST ----->>> Cara Mudah Sekat Kolestrol dari Makanan!

Assalamualaikum!
Harini sue nak share tentang masalah kolestrol di kalangan rakyat Malaysia...
Ramai je di kalangan kita ni tak tahu, atau tak sedar atau mungkin juga buat tak kisah dengan kolestrol dalam badan!
Jangan macam tuuuu...
Masalah kolestrol ni bukan penyakit untuk orang gemuk tau!
Orang kurus tak kira tua muda pon berisiko tinggi!

Berikut adalah had pengambilan makanan berkolestrol sehari:

~Individu normal : 300mg
~Pesakit jantung : 200mg

Kadar Kolestrol yang tinggi di dalam darah biasanya disebabkan oleh faktor pemakan & gaya hidup kita!
kalau kita makan makanan seperti ini setiap hari, bagaimana dengan bacaan kolestrol kita?mestila tinggi kan! Tinggi la juga risiko penyakit jantung, darah tinggi, stroke & lain-lain lagi!!!!



Sebagai rakyat Malaysia yang meriah dengan pelbagai sajian enak, macam mana kita nak elakkan dari mengambil nasi lemak?roti canai?teh tarik??(hihi..kalau Sue pon tak tahan godaan makanan sedap ni)...

Tapi jangan risau! PHYTOCOL ST dari Shaklee boleh bantu anda! PHYTOCOL ST bantu sekat kolestrol dari makanan..jadi kita bole makan, makanan kegemaran tanpa risau dengan kadar kolestrolnya!Best kan????

Apa PHYTOCOL ST tu???

PHYTOCOL ST keluaran Shaklee adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000mg fisoterol setiap hari dan disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)

PHYTOCOL ST Shaklee dirumuskan secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol didalam tubuh.

Perbezaan Phytocol-St Shaklee adalah:
  • ·         Diperbuat daripada campuran bahan yang mengandungi fisoterol yang boleh didapati secara semulajadi didalam tumbuhan, buah-buahan, sayuran dan bijian
  • ·         Mengandungi 2000mg fisoterol daripada tumbuhan yang diperlukan setiap hari
  • ·         Fisoterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 kajian untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • ·         Kandungan fisoterol yang mencukupi seperti yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • ·         Halal
  • ·         Tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis atau bahan pengawet

Bagaimana fisoterol dalam PHYTOCOL ST boleh sekat kolestrol dari makanan????

Fisoterol secara strukturnya adalah sama dengan kolestrol dan bersaing dengan kolestrol untuk penyerapan di dalam usus justeru meninggalkan kolestrol. Ini bermaksud, lebih banyak fisoterol yang dimiliki tubuh anda, lebih kurang kolestrol yang diserap didalam badan! Anda juga berpeluang menurunkan paras kolestrol LDL anda dengan pengambilan fisoterol.


Berminat nak cuba? Nak sekat kolestrol dari makanan tanpa perlu sekat nafsu makan?
Mudah!!! Hanya dengan PHYTOCOL ST segalanya boleh dimakan tanpa risau dengan kolestrol!

Berminat nak dapatkan PHYTOCOL ST?
Ingin tahu lebih lanjut cara menurunkan kolestrol secara berkesan?
Tanya Sue!
Hubungi Suhana, 016-7734749


Tuesday, May 12, 2015

Famous Amous Inspired Cookies Kudapan Kegemaran Suami!




Hujung Minggu memang masa untuk Sue meluangkan masa dengan keluarga!memang semua orang pon tunggu-tunggu kan Sabtu & Ahad. Tapi pada Sue, Sabtu lebih bermakna..Sebab, kami Orang Johor, kami ada hari hujung minggu berbeza. Suami Sue cikgu, so dia bercuti Jumaat & Sabtu. Sue pula orang swasta, cuti Sue hari Sabtu Ahad! Hanya Sabtu sahajalah hari kami meluangkan masa bersama! Dan masa nil ah sue suka main masak2! Yelah, nak hildangkan menu paling special buat keluarga kan!

Sue minat memasak, walaupun kurang mahir! Hihi..tapi apa nak risau, pak Google kana ada! Terasa nak makan apa-apa, search sahaja! Tapi, sue paling gemar baking…Resepi sue paling suka buat & sue rasa mudah adalah BISKUT CHIP COKLAT! Resepi & cara yang mudah, tak perlu pakai mixer, Cuma gaul sahaja! Biskut ni pon xperlu pakai pencetak!

Biskut ni kegemaran suami, sangat perfect untuk dibuat minum petang, sengan air the atau kopi!perghhh, memang terangkat!Firas pon suka biskut ni, sebab penuh dengan cip coklat & kekacang... Di sini sue kongsikan resepinya… Sue ambil resepi dari blog kegemaran sue kalau nak resepi lain atau nak penerangan lebih lanjut melalui gambar utuk resepi biskut ni, korang jenguk –jenguk la blog kak azie 

Nah...ini resepinya: Salin jangan tak salin!

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur gred B
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
1. Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 

2. Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.

3.Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.


4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.



SELAMAT MENCUBA!!!

Kentut Faraj ---->>> Ramai Isteri Buat Tak Endah!


Kentut faraj atau kentut vagina...ramai kawan-kawan yang hadapi masalah ni!
Anda pon ada ke?ke anda buat tak peduli?Ke tak perasan pon yang berbunyi tu datangnya dari vagina?

Okey, meh sue explain dulu, apa itu kentut faraj, supaya kita lebih mengerti, masalah yang kita atau kawan-kawan kita hadapi:

Apa itu kentut vagina?





Alat kemaluan sulit wanita mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Ianya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj ataupun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.
Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj. 
Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.
Angin itu adalah udara di sekeliling,yang masuk ke dalam faraj, maka tidak berbau. Walaupun keluar angin daripada faraj dan berbunyi macam “kentut”.
Bunyinya kuat dan sangat memalukan jika didengari oleh orang di sekeliling kita.


Kenapa berlakunya kentut vagina?  
Kentut Vagina  sering dialami oleh wanita terutamanya yang telah menopause. Selain itu, ibu-ibu yang baru lepas melahirkan juga sering terdedah kepada masalah kentut vagina kerana alat sulit menjadi ‘longgar’ selepas perineum digunting ataupun terkoyak semasa proses kelahiran.

Selepas melahirkan anak, lazimnya faraj akan mengembang dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila menopos. Kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku apabila hormon kewanitaan (estrogen dan progesterone) tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari..Keadaan ini akan menyebabkan bibir di permukaan faraj renggang dan udara dapat memasukki ke dalam faraj terutama dalam posisi sujud.


Ia juga berlaku apabila ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu. Seterusnya ia akan menyebabkan rahim jatuh keluar daripada faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.


Punca lain kentut vagina? 
·                     Kehamilan
·                     Melahirkan
·                     Faktor usia dan menopause
·                     Obesiti
·                     Fibroid yang besar
·                     Sembelit yang kronik


Kesan Akibat Masalah Kentut Vagina
Kentut vagina tidaklah membawa maut tetapi janganlah pula kita buat tidak tahu.Tahukah anda antara kesan lain yang akan berlaku jika kentut vagina tidak di kawal?
·                     Rahim Jatuh (tombong)
·                     Masalah hubungan Intim suami isteri
·                     Terkencing setiap kali batuk atau bersin
·                     Kencing tidak puas
·                     Rasa was-was samada wudhuk batal atau tidak


KENTUT VAGINA DARI SUDUT ISLAM
Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan:
1.  Berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas,
2.  Mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil,
3.  Melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). 

Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj. Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut/kagel untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj. 


Wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;
 
1.  Berdehem selepas membuang air kecil.
2.  Membasuh kemaluan dengan sempurna.
3.  Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.
4.  Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

Sikap berhati-hati dalam menunaikan ibadah solat amat penting agar solat sah dan diterima Allah.


Bagaimana nak atasi masalah kentut vagina?
·   Elakkan berdiri terlalu lama
·  Amalkan pemakaian Girdle yang sesuai
·   Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan sembelit kronik
·   Elakkan meneran semasa membuang air besar lebih daripada 15 minit
·   Berdehem sampai tiada lagi angina atau titisan air semasa buang air kecil
·   Lakukan senaman pelvik atau lebih dikenali sebagai Senaman Kegel/Kemut

Senaman Kegel atau kemut ini sangat senang dilakukan. Anda boleh lakukannya pada bila-bila masa.
Cara melakukan Senaman Kegel ialah duduk dan lakukan kemutan dalam 2-3 saat(bayangkan anda sedang menahan kencing). Senaman ini perlu dilakukan 3 sesi sehari iaitu 25 kali setiap sesi.




Supplemen Shaklee bole bantu ke untuk masalah ini?



Ye, mestilah ada…..ALFALFA!
Alfafa boleh dianggap sebagai kacip Fatimah moden-bertindak sebagai “PERAPAT” yang mengetatkan semula otot faraj.Secara tidak langsung, ALFALFA membantu dalam mengembalikan kehangatan hubungan suami isteri!

Selain dapat merawat masalahan keputihan, membesarkan dan menegangkan payudara. Alfafa juga dapat memulihkan urat selepas bersalin,merapatkan miss V, melancarkan sistem penghadaman, sebagai pelawas sesuai jika mengalami masalah sembelit dan paling penting untuk ibu-ibu yang menyusu alfafa dianggap sebagai mebantu melancarkan penyusuan dan menambah susu badan. 

Sebab tu lah ALFALFA ini kawan baik setiap wanita.. hihihi…

Kepada rakan, rakan pembaca yang mengalami masalah KENTUT VAGINA atau masalah-masalah berkaitan wanita yang lain, perlukan khidmat nasihat & konsultasi ekslusif, bole hubungi saya pada bila-bila masa sahaja!

Suhana
016-7734749