Thursday, May 21, 2015

Ayam Masak Ungkep ------>>> Resepi ayam yang palingggggg sue suka!

Assalamualaikum sahabat-sahabat Sue,

Harini sue nak kongsikan resepi masakan ayam yang paling sue suka!
Masak ungkep ni adalah masakan jawa. Selalu ada bersama dengan nasi ambeng...!
Ayam ungkep ni, kita bole cakap, resepi ayam masak ketumbarlahhh....hihi..

Orang johor ni, walaupun bukan berketurunan jawa sekalipun, mesti minattt makan masakan jawa.
termasuklah sue! Kalau orang Johor tak maan tempe, tak makan ungkep, tak makan pecel, kira tak Johor sangat laaa...(boleh ekk camtu?Kahhh!)

Ungkep ni kalau kita google resepinya, ada pelbagai versi..tapi, kat sini sue kongsikan resepi yang diberi oleh kakak sue yang berkahwin dengan orang Jawa. Mungkin bole dikategorikan sebagai resepi original Ungkep juga la yekk...

Sue tak ada sukatan yang sebenar, jadi, korang bole agak2 la macam mana nak sesuaikan kuantiti bahan dengan ayamnya ye! Sue tak profesional masak ni tapi cukuplah bole buatkan suami tersenyum!

Bahan-bahan:

Seekor ayam (potong kecil-kecil)
*2 sudu ketumbar
*1 sudu jintan manis
*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Kunyit hidup
*Beberapa biji cili padi (ni sue tambah sendiri sebab nak rasa pedas)
2 Batang Serai
Air asam jawa
Air secukupnya
Daun kunyit (optional)

Cara-caranya:



1.Sangai ketumbar & jintan manis sehingga garing.



2. Tumbuk/ kisar semua bahan yang bertanda *


3. Tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan serai.



4.Selepas beberapa minit, masukkan ayam & sedikit air untuk kuahnya.
(Sue suka dia berkuah sedikit, so sue memang tambah air,tapi kalau anda suka versi kering tak perlu tambah air)

5.Tutup kuali dan biarkan sehingga ayam empuk.



6, Masukkan air asam jawa & perisakan dengan garam,



7.Taburkan dengan daun kunyit,Siap!Sila makan dengan nasi panas! Nyaman!

Selamat mencuba!!

Wednesday, May 20, 2015

Tanggalkan Sel Kulit Mati & White Head dengan Gentle Make Up Remover


Assalamualaikum kawan-kawan, pembaca blog sue sekalian!

Wanita & kecantikan adalah ibarat lagu dan irama! cheewahhh!..hihi..tapi betulkan?
Setiap hari, wajib belek muka kat cermin...pantang kalau orang tegur, ada jerawat ka..muka kusam ka....mesti meroyan!

Harini, Sue nak berkongsi tentang produk yang terhangat kat Shaklee...selalu sangat jadi rebutan!

Hihi apa dia???

Haaa.... NUTRIWHITE GENTLE MAKE UP REMOVER!



Hihi...korang mesti tak familiar kan??
Make Up Remover ni bukan je boleh tanggalkan make up ye....tapi segala d
aki ,sel kulit mati,white head yg melekat kat muka..semuaaaa setel!

sapu je make up remover ni  kat muka..ratakan n tggu kering jap..lepastu gosokla perlahan2..mmg keluar segala kekotoran..segala daki,kekotoran & white head pasti bersih!
Nak efek lebih ohsem,sue sarankan cuci muka dengan NUTRIWHITE GENTLE DEEP FOAMING CLENSER ni:


Perghhhh muka mmg lembut gebu & mulus!
Best...!!!! tak pecaya?? cer tengok hasil galian kat muka sue ni:



Ni pulak feedback dari rakan rakan shaklee sue...serious, produk ni memang thorbaik!!!



Saranan sue, untuk dapatkan hasil yang super best, rajin-rajinkan la pakai untuk 2-3kali seminggu...tapi kalau nak setiap hari pon bole (kalau rajin silalah buat setiap hari)...sebab make up remover ni bebas bahan kimia! Diperbuat dari bahan berikut: 

~Tunas pokok BIC - bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan sel kulit

~Aloe - menegangkan & menyegarkan kulit

So, apa tunggu lagi! Kalau nak tanggalkan white head,sel kulit mati & kekotoran yang melekat di muka,Meh cuba 1 tube dulu...ramai dah cunn dengan Gentle Make Up Remover ni...anda bila lagi???

Kalau nak, bole terus roger sue ya!
Suhana 016-7734749


Bye!



Tuesday, May 19, 2015

Free Vitalea untuk ahli baru Shaklee???? Wahhhh bestnyaaaa!!!

Assalamualaikum kawan-kawan!

Ramai yang tanya Sue, Kalau join ahli shaklee dapat apa?
Ade free vitamin ke??
Kalau dulu..dapat beg ja (Shaklee Oppurtunity Kit)!
Tapi mulai bulan ini,yes!MAY!
Sapa aftar ahli shaklee..akan dapat FREE VITALEA IRON FORMULA! 
ya! PERCUMA!
PERCUMA 120 biji VITALEA TAU!!
Untong tak untong??
Sebotol RM90 ye vitalea ni..shaklee nak bagi FREE ja!

Kenapa tiba-tiba Shaklee nak bagi FREE pulak ye?

Haaa sebab...Tahun 2015 ni, cukup 100 tahun ulang tahun Dr Forrest C.Shaklee mencipta "Vitalized-mineral" dan singkatannya VITAMIN (Dr Forrest C Shaklee orang pertama yang menamakan Vitamin ni, kemudian semua orang pon follow nama yang sama).

Dulu, Vitalized-mineral ni dalam bentuk cecair,tapi kini telah dijadikan kapsul dan dinamakan sebagai 'VITALEA'



Ada 28 jenis VITAMIN dalamnya, sesuai semua golongan sebagai multivitamin. Penat, letih lesu, ibu hamil, warga emas bagus amalkan..

Kalau nak FREE sebotol vitalea ni, mudah sahaja!

Syarat-syaratnya:

1.Daftar sebagai  keahlian Shaklee bernilai RM80 
2.Beli sekurang kurangnya satu produk shaklee

Tu je! mudah kan??

Promosi Free Vitalea untuk setiap keahlian baru ni berlangsung dari MAY - OKTOBER tau!

Hihi..kalau nak Vitalea free, boleh roger sue anytime ye untuk penerangan lanjut!
Suhana
016-7734749
SrSupervisor in June

Monday, May 18, 2015

Outing Pertama Firas Rifqiy dengan Lenny Lamb


Assalamualaikum sahabat-sahabat,pembaca blog sue semua...

Minggu lepas,sue ada buat review tentang SSC pertama Firas Rifqiy yang sue beli di Asadel...tapi masa tu test drive kat rumah jela...masih xtahu lagi penerimaan "sebenar" firas dgn SSC ni...kat rumah manala sama kan dengan situasi kat luar..

So Jumaat lalu,sue & hubby berpeluang luangkan masa untuk keluar..(kami memang sibuk,hubby balik sekolah memang lewat petang,sue pulak lepas kerja memang terus ke gym-malam memang masa kami berehat)
sebenarnya,hubby cukup excited..die kata, tak sabar nak pakai Mint Lace!! So kami ke Aeon Tebrau City,since hubby nak cari kemeja oren untuk tema sambutan hari guru dia kan..so bole la kita "go live" firas bersama  SSC...


Segak tak 2 beranak ni?


Firas buat muka toya..hihi

Hihi..post pertama 2 beranak ni kat depan lif..mummy dia tak sabar nak capture moment...memula nampak ok...tapi biasalah budak-budak kan..bila masuk mall,mulala tak senang duduk..nak explore,nak berlari,nak sentuh barang..so dalam 15minit duduk dalam tu dia meronta nak keluar...ok la,since die 1st time dengan SSC,mungkin dia tak selesa..kami pon lepaskan dia...apa lagi,berlari-lari la die kegembiraan...kalau budak-budak,mana lagi tempat dia tuju kalau tak ke tempat toys kan...

Hi little captain!!

Haaa nampak tak tu???Firas paling adore dengan Avengers..karektor kegemaran dia of kos la CAPTAIN AMERICA...kesian papa,terpaksa spend masa sekejap kat tempat toys..baru la bole cari kemeja dia lepas tu...

Ok,lepas dah puaskan hati dia kat tempat toys,giliran mummy pulak nak carry Firas,sebab kalau papa yang carry susah pulak dia nak fitting baju nanti...
Ni aksi mummy & Firas...amacam,ok tak?hihihi

Mummy & Firas dengan muka bahagia..bahahaha!!


                       

Kami masih belum lagi berani nak back carry..so kita test test front carry dululah.Tapi sue ok je front carry,takla kepala firas menghalang pandangan sue pon.lagipon kalau back carry,xdpat nak kiss dia..biarlah die kat depan dulu..

So far,alhamdulillah,sue puas hati..for first timer macam kami ni..firas bole accept SSC..cume sue kene bagi masa untuk "lepaskan" firas berjalan-jalan & explore..then lepas tu baru masuk carrier balik..alhamdulilah..takla rasa lenguh-lenguh..letih or sakit badan lagi..SSC memang amat memudahkan kami!!Papa pon dapat pilih baju dengan senang hati,mummy pulak takla terpaksa sentiasa berkejaran nak kawal firas..hihihi..


Selesai urusan kami kat Aeon Tebrau City kami terus ke pasar SMART..hihi..misi cari durian!!tekak sue dah gatal sangat nak rasa durian..bukak mengidam sebab ada baby!tapi memang dah lama teringin nak makan...

Lepas cuci mata kat beberapa gerai,kami park kat gerai paling hujung...ada macam-macam gred durian..dari durian kahwin biasa,sampai la ke musang king & udang merah..tapi kami ambil durian gred D12 je..okeyla,harga dalam bajet..hihi..RM18 sekilo selepas sesi tawar menawar dengan tokey..kalau yang lain tu lagi tinggi harganya..

                 

Haha ..terliur tak??

                    

Firas tu pose je lebih..bagi jamah terus luahkan!! Taknak!!! Bertuah punye anak! Die taknak,mak pak dia la yang kenduri..hihi..sedap!puas hati..isi tebal,kecil ja bijinya...manis,lemak & ada pahit sikit!!!

Alhamdulillah..ni sahajalah perkongsian sue harini..terima kasih kawan-kawan yang sudi baca!!!
Jangan lupa OSTEMATRIX sebelum tidur ya...

Loves,
Sr supervisor in June










Dilema Ibu Bekerjaya - Migrain, Penat & Stress!!!!

Assalamualaikum sahabat-sahabat sue ...

Semoga semua pembaca blog Sue gembira, ceria & sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan..insyAllah...

Kemarin, Sue terima whatsapp dari kakak (padahal duduk depan rumah je..hihi)

Beliau minta sue hubungi rakan sekerjanya (seorang guru), yang sangat memerlukan pertolongan Sue.
Alhamdulillah, peluang sue untuk bantu beliau...

Apabila Sue pm dia, dia memang berada dalam keadaan yang stress,penat, letih, selalu migrain.Mana tidaknya, cuba anda bayangkan,beliau bekerja di siang hari sebagai guru (tugas seorang guru memang berat), dalam masa yang sama terpaksa juga menguruskan 4 orang anak yang masih kecil. Dialah ayah, dialah ibu kerana dia ibu tunggal.

Sungguh, Sue sedih dengan cerita dia..memang dia perlukan Shaklee untuk bantu dia meneruskan kehidupan...Supaya dia kembali ceria, bertenaga & sihat!

Apa yang sue cadangkan?
Oleh kerana fokus utama dia, sakit kepala, penat & stress, sebagai permulaan sue cadangakan :

               OSTEMATRIX  -  B COMPLEX   -  VITALEA

Kenapa sue cadangakan Ostematrix, b complex & Vitalea?mehh sue terangkan sikitttt

1.Ostematrix ( mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)



Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.
Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

2.B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya.

3. Vitalea Iron Formula



Mengandungi 28 jenis Vitamin & mineral penting untuk tubuh badan. Vitalea berfungsi untuk melengkapkan nutrisi harian yang diperlukan oleh individu dewasa.Ianya sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid, dan memberi tenaga. Pengambilan 2 biji Vitalea setiap hari adalah bersamaaan dengan nutrisi 40 jenis lauk. 

Semoga dengan perkongsian ini, dapat sedikit sebanyak membantu kawan-kawan yang mempunyai masalah yang sama.Sue doakan agar beliau serasi dengan Shaklee, insyAllah, aminn.....


Perlukan supplemen?
Ingin tahu lebih lanjut?
Hubungi Sue ya...
016-7734749






Saturday, May 16, 2015

Terima Kasih Cikgu,tanpamu,siapalah aku..




SAJAK SEMPENA HARI GURU

Tajuk: Sabarlah Cikgu  

Sabarlah Cikgu
Ketika kerja keranian
dilonggokkan di mejamu
Di celahan buku-buku latihan
anak muridmu ada fail lusuh
berisi borang ini dan itu

Sabarlah cikgu
Ketika pelbagai dasar caca marba
digalaskan ke pundakmu
Relakan mereka melucutkan hakmu
Tanpa rotan di tangan
Dengan suara bisu
Teruskan juangmu
menjunjung ilmu

Sabarlah cikgu
Ketika anak-anak itu mencebirkanmu
Mereka hanyalah kain putih
yang tercemar lumpur dungu
Dari tempias cendikiawan
yang mengaku tahu
Persis sang tikus
membaiki labu

Sabarlah cikgu
Ketika tugasan maya
menghenyakmu tak bermaya
Tugas hakiki terperenyuk
di hujung meja
Pelajar gagal kau yang ditanya

Sabarlah cikgu
Ketika kau diludahi
karenah pentadbiran yang ego
dan perasan
Dukung prinsipmu
biar prestasimu ditekan
Gaulkan semuanya di pinggan iman
Hirup hikmahnya biar kau
semakin KENTAL!!!!

Sabarlah cikgu...sabarlah
Luruskan dudukmu
Genggam pena ilmu
Dakap redha Tuhanmu
Kejayaan pasti menunggu...
SELAMAT HARI GURU

Dedikasi khusus buat suamiku,kakak ,abang & seluruh guru di Malaysia

Thursday, May 14, 2015

Vitalea for Children ----->>> Tingkatkan Kecergasan & Selera Anak Anda!

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini, sue nak share kisah Adam & Vitalea for Children.
Adam Mukhriz ni anak saudara Sue, anak kakak saya...



Adam ni hantu Vitalea Kids!
Setiap bulan kakak Sue wajib order sebotol Vitalea Kids!
Katanya, ini supplemen kegemaran Adam..
Setiap hari wajib pekena 2 biji!

Kakak Sue cerita, dia terpaksa sembunyi kan atau letak ditempat tinggi semata-mata nak elak Adam makan lebih dari 2 biji sehari!
Kalau dibiarkan, mahu sehari habes sebotol...parah!


Paling best, Vitalea  bantu tambah selera adam !
Dulu tak suka nasi..sekarang dah bole makan setiap hari!
Belajar dulu malas-malas...sekarang ada peningkatan!
Seronok kan..bila apa yang kita laburkan untuk anak berbaloi?

kalau sayang anak...mesti nak bagi yang terbaik kan?
Tak perlu banyak-banyak....VITALEA KIDS cukup!


Jom baca sikit tentang Vitalea for Children ni:

5 Fakta menarik tentang formula baru Vitalea for Children yang perlu anda tahu!

  1. Multivitamin yang hebat -mengandungi Vitamin C, Vitamin  , Vitamin E & semua 8 jenis Vitamin B yang penting untuk nutrisi anak
  2. Mengandungi 200mg Kalsium, Magnesium, Zink & Kuprum
  3. Pemanis semulajadi yang mengandungi Xylitol yang tidak menyebabkan kerosakan gigi
  4. Tiada pewarna ,perasa & bahan tambahan tiruan
  5. Bebas Gluten dengan perasa anggur yang sedap!
Jom kita tengok perbezaan Vitalea yang dulu dan sekarang:






Apakah manfaat Vitalea ni untuk anak kita ye?



Best kan Vitalea baru ni? Patutlah efeknya superb buat Adam!



Berminat nak berikan yang terbaik buat si comel anda?
Tanya Sue untuk khidmat nasihat PERCUMA

Suhana 
0167734749