Friday, May 29, 2015

CINCH TEA bantu anda KURUS!


Assalamualaikum kawan-kawan...

Harini sue nak share tentang CINCH TEA...

Sue tahu, ramai di antara kawan-kawan yang berazam nak kurus.

KURUS
KURUS
KURUS

Bestnya kurus!!!! Bila kurus, automatik diri rasa cantik, berkeyakinan & tak rasa risau nak pilih baju!
Tapi paling best, kita dapat kurangkan risiko untuk penyakit merbahaya macam kolestrol, kencing manis, jantung dll.

Tapi, ramai je yang GAGAL turunkan berat badan..walaupun dah pantang NASI...dah bersenam!


Salah satu sebab kenapa kita gagal turunkan berat badan adalah masaalh METABOLISME yang rendah! 
Macam mana nak tingkatkan metabolisme?? Hihi senang je! Minumlah CINCH TEA

                

Cinch Energy Tea Mix adalah gabungan 4 jenis TEH  iaitu :

~ TEH HIJAU
TEH MERAH
~ TEH PUTIH


                       


CINCH ENERGY TEA MIX berfungsi untuk:

1.Penggalak tenaga semulajadi
2.Ditambah denga TAURINA untukmeningkatkan tenaga & ketahanan badan
3.Tanpa GLUTEN ,tanpa perasa & pewarna tiruan

Berikut adalah cadangan saya untuk waktu minum Cinch Tea :

1. Bagi suri rumah, bancuhlah sepaket CINCH TEA anda sebelum memulakan tugas memasak, membasuh baju, menyapu lantai & mengemop.

2. Bagi Kwan-kawan yang bekerja, bancuhlah sepaket CINCH TEA pada waktu tengah hari selepas makan tengah hari.Sebab masa tu anda kekenyangan & mata anda mengantuk!

3. Bagi yang ke gym, bancuhlah sebelum atau minum semasa anda workout.


Antara feedback customer yang minum CINCH TEA ENERGY TEA MIX  ini:

"Apabila minum cinch tea ni peluh berjurai-jurai! Habis lencun segala baju.."

"Kalau minum pagi..memang bertenaga,,,buntang mata...lupa yang malam tadi tak cukup tidur!"

"kalau nk bersenam takyah warm up, minum je CINCH TEA, jalan sikit dah pecah peluh..
best gila!!"

Kalau macam ni..cepatla kurus kannnnn...hihihi......


Berminat nak dapatkan Cinch Tea?
Ingin tahu formula turun 20kg salam masa 3 bulan dengan Sue?
InsyaAllah akan sue kongsikan khusus buat pelanggan sue
Hubungi Sue 0167734749




Thursday, May 28, 2015

Tips Menyusukan Anak di Bulan Puasa

                          

Sebulan lagi nak puasa....
Ramai pulun ganti puasa...!
Dilema ibu menyusukan anak:

~cukup ke stok susu ni?
~larat ke? tak lapar ke? bila susukan anak sambil berpuasa?

Jangan lupa---->>> usaha, doa & tawakkal!
InsyaAllah pasti dilema penyusuan ini boleh diatasi..
Nak usaha apa?nak doa yang mcm mn?

Usaha:

1.Pastikan korang minum bergelen-gelen air dari lepas berbuka sampai ke sahur
(minumlah sebanyak mungkin 3-4 liter)
2.Makanlah kurma di waktu berbuka & bersahur
3.Pastikan korang amalkan ESP & ALFALFA sebagai pelengkap penyusuan

ESP & ALFALFA membantu mencukupkan susu di bulan puasa
    


Kenapa ESP & ALFALFA membantu ibu menuyusukan anak di bulan puasa???

[ESP:]

~ESP adalah minuman soya berkualiti tinggi...850g ESP adalah diperbuat dari 30kg soya NON GMO!

~ESP mempunyai INDEKS GLISEMIK yang rendah, so ESP akan dihadam secara perlahan-lahan di dalam perut & InsyaAllah akan membuatkan korang tak rasa lapar, bertenaga & aktif je masa berpuasa!

~ Ibu menyusukan perlu makanan berkalori tinggi, protein soya sangat penting untuk membekalkan kalori untuk ibu-ibu 

~Protein adalah binaan asas sel badan manusia,jadi protein amat diperlukan oleh ibu & anak untuk proses pembinaan sel baru & membaiki sel badan yang rosak!

[ALFALFA:]

Alfalfa adalah sejenis harba yang sangat membantu dalam penghasilan susu ibu.
Ramai pengamal Set Menyusu Shaklee bersetuju,dengan pengambhilan alfalfa secara konsisten,sangat membantu dalam memekatkan susu ibu! 

Apabila susu ibu pekat, baby cepat kenyang! takla dia mengemping selalu!


Doa: 
Doa, doa, doa...mintalah dengan Allah supaya dicukupkan susu sepanjang bulan puasa untuk yang tersayang!Kerana kita nak memberikan yang terbaik buat yang tersayang....


Tawakkal : 
Apabila kita dah usaha, dah doa..berserah sahajalah pada Allah..dia maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA kan?

Paling penting, berfikiran POSITIF! Selalu bercakap pada diri sendiri yang susu cukup! susu ada!susu banyak! InsyAllah jika kita membawa cas positif, InsyaAllah, positiflah kesannya!

       SEMOGA BERJAYA MENGEKALKAN SUSU DI BULAN RAMADHAN!!

Perlukan penerangan dan tips menyusukan anak?
PM sue ya.. 016-7734749!

Tuesday, May 26, 2015

Tanda-tanda diabetes yang anda mesti kene TAHU!!!

Assalamualaikum kawan-kwan,pembaca blog sue sekalian!

Hari ini sue nak share tentang tanda-tanda kita berisko menghidap diabetes!

Diabetes atau kencing manis, bukanlah penyakit yang asing lagi kat Malaysia ni..

Statistik terbaru mengatakan lebih 2.6juta rakyat Malaysia menghidap kencis manis!

Seram.....! Angka ni makin meningkat! Jaga-jaga korang..kencing manis ni membunuh!

Jom buat test ni:

Cuba perhati kat cermin...
Atau minta sesiapa tolong tenguk kat sekitar leher korang...
Ade tak kesan hitam-hitam macam ni?

Acanthosis Nigricans adalah salah satu tanda diabetes


Hihi...kalau ada, sila risau!
Ini bukan sebab melecet atau sunburn atau sesaja dia nak keluar!
Kesan hitam ni namanya ' Acanthosis Nigricans'.

Ini adalah petanda anda sudah mula ada risiko KENCING MANIS!

Kalau tak ada kesan hitam macam ni, cuba raba-raba sekeliling leher, ada bintil bintil daging tak?
Kalau ada, sila kawal pemakanan anda!
Jika tidak, risiko menghidap diabetes jenis 2 adalah sangat tinggi!


                   


Kalau anda risau, shaklee ESP , GLA & ZINK sangat membantu anda mengawal gula!

1.ESP - minuman soya berporotein tinggi yang mempunyai INDEKS GLISEMIK yang RENDAH yang sangat sesuai bagi pesakit diabetes mengelakkan daripada hypoglycaemia

2.GLA COMPLEX - mengelakkan komplikasi diabetes, mengawal pengeluaran hormon

3.ZINC COMPLEX - Membantu penghasilan INSULIN& Mengekalkan fungsi INSULIN ,
                                  sintesis hormon &  Merawat LUKA

Anda mahu kawal gula dengan SHAKLEE?
Anda tak mahu menjadi penghidap kencing manis?

Sue bantu..konsultasi PERCUMA.
Hubungi SUHANA 0167734749.

Terima kasih...

Friday, May 22, 2015

Resepi minuman ESP yang sedap, kenyang & melawaskan!!!

Assalamualaikum kawan-kawan semua....!

Hari ini sue nak share 2 resepi ESP yang boleh anda cuba...
Seperti yang kawan-kawan maklum, ESP ni banyakkkkkk sangat manfaatnya!
Bukan sekadar untuk kulit ya...untuk kesuburan,membina sel baru, membaiki sel rosak, untuk menambah susu ibu, dan juga untuk kawal berat badan!!!!


Ramai orang bancuh ESP dangan cara tradisional...contohnya:

~ESP + PLAIN WATER(air suam/air sejuk)
~ESP + MILO/HORLICK/SUSU KAMBING (untuk milkbooster)
~ESP + AIR YOUGURT

Tapi, kalau tetiap hari ulang resepi yang sama, bosan gak kan???
Lagi-lagi kalau preggy mummy...tekak memang sensitif kannnn...

Haaa..harini sue nak share resepi smoothies khusus buat kawan-kawan yang nak diet!
tapi, kalau yang tak nak diet pon, bole je cuba resepi ni...tak de hal!

Resepi ni sangat mengenyangkan dan ofkos la sangat SEDAPPPPPPP!!!

Sebenarnya, ESP sangat sesuai untuk kawan-kawan yang nak berdiet tu....sebab???

~ Protein soya yang berkualiti tinggi..kalau kita ambil protin untuk diet pada waktu malam untuk dinner, ia jauh lebih baik daripada nasi/roti (karbohidrat) sebab, cuma ambil masa 6 jam ja nak dicernakan berbanding 8 jam untuk karbohidrat!

~Indek Glisemik yang rendah! Ini penting sebab, kalau GI rendah, maknanya protein ni dicerna perlahan-lahan dalam perut dan akan memberikan rasa kenyang berpanjangan!

Taklah rasa lapar nak mengunyah je kan!

Ok2..cukuplah membebel....ini resepi yang sue nak kongsi:

1. MANGO + ESP + FRESH MILK SMOOTHIES :



Bahan-bahannya:
~ 2 Skop ESP
~Sebiji mangga yang dipotong dadu
~segelas susu segar (HL/Magnolia/dutch lady/susu ambing)
~1-2 sudu susu pekat (ikotlah kalau tak nak manis tak payah letak)
~beberapa ketul ais

Cara-caranya:
1.Masukkan kesemua bahan dalam blender
2.Kisar sehingga sebati


2. PAPAYA + ESP + PERFORMANCE DRINK SMOOTHIES: 


Bahan-bahannya:
~ 2 Skop ESP
~beberapa hiris betik
~3 skop Performance drink
~beberapa ketul ais

Cara-caranya:
1.Masukkan kesemua bahan dalam blender
2.Kisar sehingga sebati


Serious! smoothies ni bukan je sedap, kenyang tapi sangat la MELAWASKAN! hihi...selamat mencuba a kawan-kawan!

Nak ESP?
Meh order dengan sue...siap dapat FREE CONSULTATION lagi..
Roger sue anytime ye!
Suhana 0167734749

Review: The Gym Madness,Taman Setia Tropika JB

Assalamualaikum kawan-kawan,pembaca blog sue!

Harini Sue nak buat review sikit pasal Gym yang Sue pegi..Gym ni namanya The Gym Madness,terletak kat Setia Tropika Johor Bahru. Since gym ni bersebelahan je dengan kawasan rumah sue,boleh la join kan...

Hihi..sebenarnya,Sue sekarang cuba menjadikan aktiviti Gym ni sebagai gaya hidup...Yelah,makan supplement je tak cukup kan nak pastikan diri kita ni betul-betul sihat. Kene la juga pastikan badan kita ni mengeluarkan peluh & ada stamina..barulah betul-betul boleh sihat dengan erti kata sebenar kan?kah!!

Biasanya sue akan pegi alternate day untuk hari minggu..dan Sabtu Ahad..so kiranya seminggu Sue akan pergi 3-4x seminggu jika ada kelapangan. Jemput cuci mata dengan gambar-gambar yabg sue ambil :)



       Haaa,ni lah The Gym Madness,milik seorang doktor perempuan(maaf,tak tahu nama owner..hihi).Gym ni 2 tingkat,belah bawah sekali tu kedai ubat Cina,memang parking selalu penuh.Bukan sebab ramai pelanggan gym,tapi ramai singgah beli pampers & susu anak! Sebelah kedai ubat tu restoran Teratak Bonda..memang kalau tgh workout macam-macam bau ada.Menggoda sungguh!

Ini fasiliti yang ada,sue tak banyak ambil gambar sebab segan!hihi..tapi puas ati la,agak lemgkap walaupun tak ada trainer yang tinggu kat situ sebagai kaunter pertanyaan! Gym yang dulu sue pegi memang ade sorang trainer pacak kat area kita workout.so kalau sesapa nak tanya bole ja..


Haha ,khusyuk tak berlari atas treadmill??takde orang bole la berangan sambil selfie...kalau ade orang,berani plak nak ambil gambar!

Ni plak hall untuk zumba,freestyle & kelas-kelas lain.Since sue register untuk yearly membership,layak je masuk klas-klas ni for free.tapi malangnya masa tak ngam plak!yelah,turn papa la plak g gym & mummy ambil giliran jaga Firas...


Ni bilik locker & salin baju..okeyla,selesa!



Disebabkan gym ni kepunyaan muslim,alhamdulillah lah dia ada sediakan surau bagi muslim..so kalau syok sangat workout sampai tak perasan waktu solat dah suntuk,bole solat kat sini ja!



Ni toilet,asing untuk lelaki & perempuan.Bersih!

Sebenarnya gym ni ada 2 level,1st level untuk abang-abang sado build muscle,2nd level tok yang nak buat cardio.Sue memang tak ambil gambar tok level 1..malu lah..nak toleh pon segan.aurat!hahaha
Taraaa!ni la tshirt rasmi Gym ni.sue dapat FREE ja sebab register membership kan..

Berapa yuran masuk?sebabkan ini gym baru buka,masa awal-awal before ofiicial opening dia ada buat promo(chewah!macam shaklee lak ye ade promo!), untuk keahlian setahun cuma RM499 (sehingga Mac 2015) kalau tak RM699 setahun,dapat free tshirt,free locker,free towel & free class...kalau nak per entry RM10 (sue rasa fee dia standard la tok mana-mana gym sekitar JB ni).

Okeylah,tu aja nak kongsikan.kawan-kawan doakanlah sue "istiqomah" ye pegi gym ni.target Sue:
-nak turunkan 2-3kg
-nak kempiskan perut
-nak sihat
-Nak ada stamina


Ok,tu je!byeeee

Loves,
Suhana
Sr. sup in June



Thursday, May 21, 2015

Ayam Masak Ungkep ------>>> Resepi ayam yang palingggggg sue suka!

Assalamualaikum sahabat-sahabat Sue,

Harini sue nak kongsikan resepi masakan ayam yang paling sue suka!
Masak ungkep ni adalah masakan jawa. Selalu ada bersama dengan nasi ambeng...!
Ayam ungkep ni, kita bole cakap, resepi ayam masak ketumbarlahhh....hihi..

Orang johor ni, walaupun bukan berketurunan jawa sekalipun, mesti minattt makan masakan jawa.
termasuklah sue! Kalau orang Johor tak maan tempe, tak makan ungkep, tak makan pecel, kira tak Johor sangat laaa...(boleh ekk camtu?Kahhh!)

Ungkep ni kalau kita google resepinya, ada pelbagai versi..tapi, kat sini sue kongsikan resepi yang diberi oleh kakak sue yang berkahwin dengan orang Jawa. Mungkin bole dikategorikan sebagai resepi original Ungkep juga la yekk...

Sue tak ada sukatan yang sebenar, jadi, korang bole agak2 la macam mana nak sesuaikan kuantiti bahan dengan ayamnya ye! Sue tak profesional masak ni tapi cukuplah bole buatkan suami tersenyum!

Bahan-bahan:

Seekor ayam (potong kecil-kecil)
*2 sudu ketumbar
*1 sudu jintan manis
*Bawang merah
*Bawang putih
*Halia
*Kunyit hidup
*Beberapa biji cili padi (ni sue tambah sendiri sebab nak rasa pedas)
2 Batang Serai
Air asam jawa
Air secukupnya
Daun kunyit (optional)

Cara-caranya:



1.Sangai ketumbar & jintan manis sehingga garing.



2. Tumbuk/ kisar semua bahan yang bertanda *


3. Tumis bahan kisar sehingga garing, masukkan serai.



4.Selepas beberapa minit, masukkan ayam & sedikit air untuk kuahnya.
(Sue suka dia berkuah sedikit, so sue memang tambah air,tapi kalau anda suka versi kering tak perlu tambah air)

5.Tutup kuali dan biarkan sehingga ayam empuk.



6, Masukkan air asam jawa & perisakan dengan garam,



7.Taburkan dengan daun kunyit,Siap!Sila makan dengan nasi panas! Nyaman!

Selamat mencuba!!

Wednesday, May 20, 2015

Tanggalkan Sel Kulit Mati & White Head dengan Gentle Make Up Remover


Assalamualaikum kawan-kawan, pembaca blog sue sekalian!

Wanita & kecantikan adalah ibarat lagu dan irama! cheewahhh!..hihi..tapi betulkan?
Setiap hari, wajib belek muka kat cermin...pantang kalau orang tegur, ada jerawat ka..muka kusam ka....mesti meroyan!

Harini, Sue nak berkongsi tentang produk yang terhangat kat Shaklee...selalu sangat jadi rebutan!

Hihi apa dia???

Haaa.... NUTRIWHITE GENTLE MAKE UP REMOVER!



Hihi...korang mesti tak familiar kan??
Make Up Remover ni bukan je boleh tanggalkan make up ye....tapi segala d
aki ,sel kulit mati,white head yg melekat kat muka..semuaaaa setel!

sapu je make up remover ni  kat muka..ratakan n tggu kering jap..lepastu gosokla perlahan2..mmg keluar segala kekotoran..segala daki,kekotoran & white head pasti bersih!
Nak efek lebih ohsem,sue sarankan cuci muka dengan NUTRIWHITE GENTLE DEEP FOAMING CLENSER ni:


Perghhhh muka mmg lembut gebu & mulus!
Best...!!!! tak pecaya?? cer tengok hasil galian kat muka sue ni:



Ni pulak feedback dari rakan rakan shaklee sue...serious, produk ni memang thorbaik!!!



Saranan sue, untuk dapatkan hasil yang super best, rajin-rajinkan la pakai untuk 2-3kali seminggu...tapi kalau nak setiap hari pon bole (kalau rajin silalah buat setiap hari)...sebab make up remover ni bebas bahan kimia! Diperbuat dari bahan berikut: 

~Tunas pokok BIC - bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan sel kulit

~Aloe - menegangkan & menyegarkan kulit

So, apa tunggu lagi! Kalau nak tanggalkan white head,sel kulit mati & kekotoran yang melekat di muka,Meh cuba 1 tube dulu...ramai dah cunn dengan Gentle Make Up Remover ni...anda bila lagi???

Kalau nak, bole terus roger sue ya!
Suhana 016-7734749


Bye!



Tuesday, May 19, 2015

Free Vitalea untuk ahli baru Shaklee???? Wahhhh bestnyaaaa!!!

Assalamualaikum kawan-kawan!

Ramai yang tanya Sue, Kalau join ahli shaklee dapat apa?
Ade free vitamin ke??
Kalau dulu..dapat beg ja (Shaklee Oppurtunity Kit)!
Tapi mulai bulan ini,yes!MAY!
Sapa aftar ahli shaklee..akan dapat FREE VITALEA IRON FORMULA! 
ya! PERCUMA!
PERCUMA 120 biji VITALEA TAU!!
Untong tak untong??
Sebotol RM90 ye vitalea ni..shaklee nak bagi FREE ja!

Kenapa tiba-tiba Shaklee nak bagi FREE pulak ye?

Haaa sebab...Tahun 2015 ni, cukup 100 tahun ulang tahun Dr Forrest C.Shaklee mencipta "Vitalized-mineral" dan singkatannya VITAMIN (Dr Forrest C Shaklee orang pertama yang menamakan Vitamin ni, kemudian semua orang pon follow nama yang sama).

Dulu, Vitalized-mineral ni dalam bentuk cecair,tapi kini telah dijadikan kapsul dan dinamakan sebagai 'VITALEA'



Ada 28 jenis VITAMIN dalamnya, sesuai semua golongan sebagai multivitamin. Penat, letih lesu, ibu hamil, warga emas bagus amalkan..

Kalau nak FREE sebotol vitalea ni, mudah sahaja!

Syarat-syaratnya:

1.Daftar sebagai  keahlian Shaklee bernilai RM80 
2.Beli sekurang kurangnya satu produk shaklee

Tu je! mudah kan??

Promosi Free Vitalea untuk setiap keahlian baru ni berlangsung dari MAY - OKTOBER tau!

Hihi..kalau nak Vitalea free, boleh roger sue anytime ye untuk penerangan lanjut!
Suhana
016-7734749
SrSupervisor in June

Monday, May 18, 2015

Outing Pertama Firas Rifqiy dengan Lenny Lamb


Assalamualaikum sahabat-sahabat,pembaca blog sue semua...

Minggu lepas,sue ada buat review tentang SSC pertama Firas Rifqiy yang sue beli di Asadel...tapi masa tu test drive kat rumah jela...masih xtahu lagi penerimaan "sebenar" firas dgn SSC ni...kat rumah manala sama kan dengan situasi kat luar..

So Jumaat lalu,sue & hubby berpeluang luangkan masa untuk keluar..(kami memang sibuk,hubby balik sekolah memang lewat petang,sue pulak lepas kerja memang terus ke gym-malam memang masa kami berehat)
sebenarnya,hubby cukup excited..die kata, tak sabar nak pakai Mint Lace!! So kami ke Aeon Tebrau City,since hubby nak cari kemeja oren untuk tema sambutan hari guru dia kan..so bole la kita "go live" firas bersama  SSC...


Segak tak 2 beranak ni?


Firas buat muka toya..hihi

Hihi..post pertama 2 beranak ni kat depan lif..mummy dia tak sabar nak capture moment...memula nampak ok...tapi biasalah budak-budak kan..bila masuk mall,mulala tak senang duduk..nak explore,nak berlari,nak sentuh barang..so dalam 15minit duduk dalam tu dia meronta nak keluar...ok la,since die 1st time dengan SSC,mungkin dia tak selesa..kami pon lepaskan dia...apa lagi,berlari-lari la die kegembiraan...kalau budak-budak,mana lagi tempat dia tuju kalau tak ke tempat toys kan...

Hi little captain!!

Haaa nampak tak tu???Firas paling adore dengan Avengers..karektor kegemaran dia of kos la CAPTAIN AMERICA...kesian papa,terpaksa spend masa sekejap kat tempat toys..baru la bole cari kemeja dia lepas tu...

Ok,lepas dah puaskan hati dia kat tempat toys,giliran mummy pulak nak carry Firas,sebab kalau papa yang carry susah pulak dia nak fitting baju nanti...
Ni aksi mummy & Firas...amacam,ok tak?hihihi

Mummy & Firas dengan muka bahagia..bahahaha!!


                       

Kami masih belum lagi berani nak back carry..so kita test test front carry dululah.Tapi sue ok je front carry,takla kepala firas menghalang pandangan sue pon.lagipon kalau back carry,xdpat nak kiss dia..biarlah die kat depan dulu..

So far,alhamdulillah,sue puas hati..for first timer macam kami ni..firas bole accept SSC..cume sue kene bagi masa untuk "lepaskan" firas berjalan-jalan & explore..then lepas tu baru masuk carrier balik..alhamdulilah..takla rasa lenguh-lenguh..letih or sakit badan lagi..SSC memang amat memudahkan kami!!Papa pon dapat pilih baju dengan senang hati,mummy pulak takla terpaksa sentiasa berkejaran nak kawal firas..hihihi..


Selesai urusan kami kat Aeon Tebrau City kami terus ke pasar SMART..hihi..misi cari durian!!tekak sue dah gatal sangat nak rasa durian..bukak mengidam sebab ada baby!tapi memang dah lama teringin nak makan...

Lepas cuci mata kat beberapa gerai,kami park kat gerai paling hujung...ada macam-macam gred durian..dari durian kahwin biasa,sampai la ke musang king & udang merah..tapi kami ambil durian gred D12 je..okeyla,harga dalam bajet..hihi..RM18 sekilo selepas sesi tawar menawar dengan tokey..kalau yang lain tu lagi tinggi harganya..

                 

Haha ..terliur tak??

                    

Firas tu pose je lebih..bagi jamah terus luahkan!! Taknak!!! Bertuah punye anak! Die taknak,mak pak dia la yang kenduri..hihi..sedap!puas hati..isi tebal,kecil ja bijinya...manis,lemak & ada pahit sikit!!!

Alhamdulillah..ni sahajalah perkongsian sue harini..terima kasih kawan-kawan yang sudi baca!!!
Jangan lupa OSTEMATRIX sebelum tidur ya...

Loves,
Sr supervisor in June










Dilema Ibu Bekerjaya - Migrain, Penat & Stress!!!!

Assalamualaikum sahabat-sahabat sue ...

Semoga semua pembaca blog Sue gembira, ceria & sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan..insyAllah...

Kemarin, Sue terima whatsapp dari kakak (padahal duduk depan rumah je..hihi)

Beliau minta sue hubungi rakan sekerjanya (seorang guru), yang sangat memerlukan pertolongan Sue.
Alhamdulillah, peluang sue untuk bantu beliau...

Apabila Sue pm dia, dia memang berada dalam keadaan yang stress,penat, letih, selalu migrain.Mana tidaknya, cuba anda bayangkan,beliau bekerja di siang hari sebagai guru (tugas seorang guru memang berat), dalam masa yang sama terpaksa juga menguruskan 4 orang anak yang masih kecil. Dialah ayah, dialah ibu kerana dia ibu tunggal.

Sungguh, Sue sedih dengan cerita dia..memang dia perlukan Shaklee untuk bantu dia meneruskan kehidupan...Supaya dia kembali ceria, bertenaga & sihat!

Apa yang sue cadangkan?
Oleh kerana fokus utama dia, sakit kepala, penat & stress, sebagai permulaan sue cadangakan :

               OSTEMATRIX  -  B COMPLEX   -  VITALEA

Kenapa sue cadangakan Ostematrix, b complex & Vitalea?mehh sue terangkan sikitttt

1.Ostematrix ( mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)



Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.
Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.
Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.
Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

2.B Complex
Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara2 lain seperti aktiviti dan sebagainya.

3. Vitalea Iron Formula



Mengandungi 28 jenis Vitamin & mineral penting untuk tubuh badan. Vitalea berfungsi untuk melengkapkan nutrisi harian yang diperlukan oleh individu dewasa.Ianya sangat penting utk pembentukan darah dan sel.Vitalea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid, dan memberi tenaga. Pengambilan 2 biji Vitalea setiap hari adalah bersamaaan dengan nutrisi 40 jenis lauk. 

Semoga dengan perkongsian ini, dapat sedikit sebanyak membantu kawan-kawan yang mempunyai masalah yang sama.Sue doakan agar beliau serasi dengan Shaklee, insyAllah, aminn.....


Perlukan supplemen?
Ingin tahu lebih lanjut?
Hubungi Sue ya...
016-7734749






Saturday, May 16, 2015

Terima Kasih Cikgu,tanpamu,siapalah aku..




SAJAK SEMPENA HARI GURU

Tajuk: Sabarlah Cikgu  

Sabarlah Cikgu
Ketika kerja keranian
dilonggokkan di mejamu
Di celahan buku-buku latihan
anak muridmu ada fail lusuh
berisi borang ini dan itu

Sabarlah cikgu
Ketika pelbagai dasar caca marba
digalaskan ke pundakmu
Relakan mereka melucutkan hakmu
Tanpa rotan di tangan
Dengan suara bisu
Teruskan juangmu
menjunjung ilmu

Sabarlah cikgu
Ketika anak-anak itu mencebirkanmu
Mereka hanyalah kain putih
yang tercemar lumpur dungu
Dari tempias cendikiawan
yang mengaku tahu
Persis sang tikus
membaiki labu

Sabarlah cikgu
Ketika tugasan maya
menghenyakmu tak bermaya
Tugas hakiki terperenyuk
di hujung meja
Pelajar gagal kau yang ditanya

Sabarlah cikgu
Ketika kau diludahi
karenah pentadbiran yang ego
dan perasan
Dukung prinsipmu
biar prestasimu ditekan
Gaulkan semuanya di pinggan iman
Hirup hikmahnya biar kau
semakin KENTAL!!!!

Sabarlah cikgu...sabarlah
Luruskan dudukmu
Genggam pena ilmu
Dakap redha Tuhanmu
Kejayaan pasti menunggu...
SELAMAT HARI GURU

Dedikasi khusus buat suamiku,kakak ,abang & seluruh guru di Malaysia

Thursday, May 14, 2015

Vitalea for Children ----->>> Tingkatkan Kecergasan & Selera Anak Anda!

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini, sue nak share kisah Adam & Vitalea for Children.
Adam Mukhriz ni anak saudara Sue, anak kakak saya...



Adam ni hantu Vitalea Kids!
Setiap bulan kakak Sue wajib order sebotol Vitalea Kids!
Katanya, ini supplemen kegemaran Adam..
Setiap hari wajib pekena 2 biji!

Kakak Sue cerita, dia terpaksa sembunyi kan atau letak ditempat tinggi semata-mata nak elak Adam makan lebih dari 2 biji sehari!
Kalau dibiarkan, mahu sehari habes sebotol...parah!


Paling best, Vitalea  bantu tambah selera adam !
Dulu tak suka nasi..sekarang dah bole makan setiap hari!
Belajar dulu malas-malas...sekarang ada peningkatan!
Seronok kan..bila apa yang kita laburkan untuk anak berbaloi?

kalau sayang anak...mesti nak bagi yang terbaik kan?
Tak perlu banyak-banyak....VITALEA KIDS cukup!


Jom baca sikit tentang Vitalea for Children ni:

5 Fakta menarik tentang formula baru Vitalea for Children yang perlu anda tahu!

  1. Multivitamin yang hebat -mengandungi Vitamin C, Vitamin  , Vitamin E & semua 8 jenis Vitamin B yang penting untuk nutrisi anak
  2. Mengandungi 200mg Kalsium, Magnesium, Zink & Kuprum
  3. Pemanis semulajadi yang mengandungi Xylitol yang tidak menyebabkan kerosakan gigi
  4. Tiada pewarna ,perasa & bahan tambahan tiruan
  5. Bebas Gluten dengan perasa anggur yang sedap!
Jom kita tengok perbezaan Vitalea yang dulu dan sekarang:






Apakah manfaat Vitalea ni untuk anak kita ye?



Best kan Vitalea baru ni? Patutlah efeknya superb buat Adam!



Berminat nak berikan yang terbaik buat si comel anda?
Tanya Sue untuk khidmat nasihat PERCUMA

Suhana 
0167734749




Wednesday, May 13, 2015

Phytocol ST ----->>> Cara Mudah Sekat Kolestrol dari Makanan!

Assalamualaikum!
Harini sue nak share tentang masalah kolestrol di kalangan rakyat Malaysia...
Ramai je di kalangan kita ni tak tahu, atau tak sedar atau mungkin juga buat tak kisah dengan kolestrol dalam badan!
Jangan macam tuuuu...
Masalah kolestrol ni bukan penyakit untuk orang gemuk tau!
Orang kurus tak kira tua muda pon berisiko tinggi!

Berikut adalah had pengambilan makanan berkolestrol sehari:

~Individu normal : 300mg
~Pesakit jantung : 200mg

Kadar Kolestrol yang tinggi di dalam darah biasanya disebabkan oleh faktor pemakan & gaya hidup kita!
kalau kita makan makanan seperti ini setiap hari, bagaimana dengan bacaan kolestrol kita?mestila tinggi kan! Tinggi la juga risiko penyakit jantung, darah tinggi, stroke & lain-lain lagi!!!!



Sebagai rakyat Malaysia yang meriah dengan pelbagai sajian enak, macam mana kita nak elakkan dari mengambil nasi lemak?roti canai?teh tarik??(hihi..kalau Sue pon tak tahan godaan makanan sedap ni)...

Tapi jangan risau! PHYTOCOL ST dari Shaklee boleh bantu anda! PHYTOCOL ST bantu sekat kolestrol dari makanan..jadi kita bole makan, makanan kegemaran tanpa risau dengan kadar kolestrolnya!Best kan????

Apa PHYTOCOL ST tu???

PHYTOCOL ST keluaran Shaklee adalah pilihan semulajadi terbaik dengan 2000mg fisoterol setiap hari dan disarankan 100% oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)

PHYTOCOL ST Shaklee dirumuskan secara klinikal dengan bahan-bahan terpilih untuk membantu menghalang penyerapan kolestrol didalam tubuh.

Perbezaan Phytocol-St Shaklee adalah:
  • ·         Diperbuat daripada campuran bahan yang mengandungi fisoterol yang boleh didapati secara semulajadi didalam tumbuhan, buah-buahan, sayuran dan bijian
  • ·         Mengandungi 2000mg fisoterol daripada tumbuhan yang diperlukan setiap hari
  • ·         Fisoterol dari tumbuhan telah diuji secara klinikal oleh 80 kajian untuk merendahkan paras LDL kolestrol
  • ·         Kandungan fisoterol yang mencukupi seperti yang disarankan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH)
  • ·         Halal
  • ·         Tidak mengandungi perasa, pewarna, pemanis atau bahan pengawet

Bagaimana fisoterol dalam PHYTOCOL ST boleh sekat kolestrol dari makanan????

Fisoterol secara strukturnya adalah sama dengan kolestrol dan bersaing dengan kolestrol untuk penyerapan di dalam usus justeru meninggalkan kolestrol. Ini bermaksud, lebih banyak fisoterol yang dimiliki tubuh anda, lebih kurang kolestrol yang diserap didalam badan! Anda juga berpeluang menurunkan paras kolestrol LDL anda dengan pengambilan fisoterol.


Berminat nak cuba? Nak sekat kolestrol dari makanan tanpa perlu sekat nafsu makan?
Mudah!!! Hanya dengan PHYTOCOL ST segalanya boleh dimakan tanpa risau dengan kolestrol!

Berminat nak dapatkan PHYTOCOL ST?
Ingin tahu lebih lanjut cara menurunkan kolestrol secara berkesan?
Tanya Sue!
Hubungi Suhana, 016-7734749