Sunday, June 8, 2014

SUSU SAYA TIDAK CUKUP???BETUL KE???

Ramai ibu mengeluh susu kurang. Oleh itu pilihan terbaik susu formula. Kenapa ibu ingin dan cuba memberikan susu formula pada awal-awal kelahiran bayi ataupun selepas dua bulan kelahiran (selalunya selepas tempoh berpantang)?



Antara faktor yang mendorong tindakan ibu sebegini ialah kerana ramai ibu yang merasakan susunya tidak mencukupi. Terutama mereka yang mempunyai anak sulung (atau mereka yang pernah mencuba dengan anak yang sebelumnya). Para ibu juga merasakan susunya tidak mencukupi apabila bayinya terus menangis walaupun setelah diberikan susu ibu. Ramai ibu mula panik dan risau, takut takut bayinya kelaparan (lebih-lebih lagi jika bayi lelaki). Sifat keibuan akan membuatkan mereka merasakan patut melakukan sesuatu supaya bayi berhenti menangis. Dan apabila mereka mencuba memberikan susu formula, bayi minum dengan "rakusnya" dan tertidur dengan kekenyangan dan ibu rasa "lega". Pada kebiasaanya, perkara ini berlaku beberapa kali dan lama-kelamaan ibu mula "yakin" bayinya sesuai dengan susu formula tersebut dan tanpa disedari ibu mula sedikit demi sedikit "hilang keyakinan" terhadap keupayaannya untuk menyusukan bayinya!

Tetapi adakah benar ramai ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi di peringkat awal bayi dilahirkan?

Secara teorinya, apabila bayi lahir dan apabila uri sudah dikeluarkan akan ada peningkatan secara mendadak hormon oksitosis dan prolaktin yang akan meransang penghasilan susu. Jadi secara teknikalnya, ibu yang mempunyai masalah "uri tertinggal" tidak berupaya untuk menyusui bayinya.

Dengan andaian tiada uri tertinggal dan paras hormon oksitosin dan prolaktin sudah meningkat, maka susu akan mula dikeluarkan bila ada ransangan hisapan susu (bermakna perlu ada hisapan susu). Lebih kerap hisapan, maka lebih banyak susu yang dihasilkan.
Memang pada hari pertama kelahiran jumlah susu yang dihasilkan amat sedikit tetapi sudah cukup untuk keperluan bayi tanpa ditambah dengan susu formula atau air kosong. Tambahan pula saiz perut bayi pada hari pertama kelahiran amat kecil, sekitar saiz duit syiling 20 sen - 50 sen. Perut bayi pula pada masa ini tidak boleh mengembang. Bayi hanya perlu sekitar anggaran 1-2 sudu susu sahaja untuk sekali minum. Oleh sebab itu ada kejadian yang kita lihat bayi yang baru lahir sampai muntah-muntah bila diberi susu formula sebab bayi tak boleh memberikan signal bahawa perutnya telah penuh. Tapi dengan susu ibunya, bayi akan berhenti sendiri bila dia kekenyangan.

Jadi bila ibu kata tiada susu (sebenarnya tak banyak) pada awal kelahiran ada benarnya tapi tidak perlu risau sehingga perlu diberi tambahan susu formula (ini benar untuk kebanyakkan situasi). Antara sebab ibu merasakan tiada susu mungkin kerana ibu tak nampak susu keluar kerana terlalu sikit. Untuk mengurangkan kerisauan ibu sama ada bayinya dapat cukup susu ataupun tidak, ibu boleh melihat kepada beberapa petanda yang mudah seperti lampin basah atau tak? kalau basah maknanya ada yang dia dah minum dan susu tersebut telah di proses jadi urin. Berat badan dia bertambah atau tak? kalau tambah OK. Namun perlu dimaklumkan bahawa pada beberapa hari pertama berat bayi menurun sedikit sebelum bertambah semula.

Namun dalam keadaan-keadaan tertentu berlaku juga susu tidak keluar. Antara sebab kenapa susu tidak keluar walau bayi sudah mula menghisap susu adalah kerana wujudnya faktor yang menyekat ransangan hormon seperti stress/sakit semasa proses kelahiran seperti proses bersalin yang lama, "sangat" sakit semasa bersalin, bersalin menggunakan alat bantuan seperti forcep ataupun ibu dan bayi "drowsy" sangat sebab kesan ubat penahan sakit. Semua ini boleh memberikan kesan dan menyebabkan penghasilan susu terganggu.

Akhir sekali buat semua para ibu.. org yang tak pernah mengandung pun boleh menghasilkan susu. Sama ada dibantu dengan ubat-ubatan ataupun tidak. Ini menunjukkan bahawa untuk menyusukan anak, ibu tidak perlu mengandung, tak perlu ada rahim pun boleh menyusukan anak. Tak perlu ada ovary pun boleh menyusukan anak...Intertesting kan? So, perlukan apa untuk menyusukan anak? Yang paling utama adalah keinginan dan kegighihan dlm beristiqamah tanpa jemu memerah atau meneruskan penyusuan. Of course, lebih sukar kalau bukan dengan cara yang natural....tapi tak mustahil.

Sumber:Dr Zaharah Sulaiman
Konsultan Laktasi
Hospital USM Kelantan


Kenapa susu berkurangan????

Selain kurang menyusu, bekalan susu berkurangan mungkin disebabkan:
1. Penggunaan ubat-ubat tertentu
2. Pil perancang
3. Tiroid rendah
4. Anemia
5. Penurunan berat badan mendadak
6. Sejarah masalah hormon
7. Payudara pernah cedera atau dibedah
8. Plasenta tertinggal
9. Pembentukan kelenjar tidak sempurna
10. Penggunaan puting keterlaluan
11. Terlalu awal memperkenalkan makanan
12. Bayi tidur malam tanpa menyusu
13. Bayi salah cara menhisap susu
14. Menghadkan masa atau cara menyusu
15. Penggunaan pelapik puting
16. Mengandung
17. Kembali bekerja dan tidak memerah ikut jadual
18. Haid

Nota Kaki:

1 PERKARA PENTING PERLU ANDA INGAT, PENGHASILAN SUSU ADALAH MENGIKUT KONSEP DEMAND & SUPPLY

SEMAKIN KERAP ANDA MENYUSUKAN BAYI/ MENGOSONGKAN PAYUDARA, SEMAKIN CEPAT PAYUDARA AKAN MEGHASILKAN SEMULA SUSU!!!


The milk supply equation:
Sufficient glandular tissue+ intact nerve pathways and ducts+ adequate hormones and hormone receptors+ adequately frequent, effective milk removal and stimulation = GOOD MILK PRODUCTION

Mahukan lebih info tentang penyusuan susu ibu? Nak tahu apa keperluan untuk penyusuan penuh sehingga 2 tahun bagi ibu2 bekerjaya??Jangan malu jangan segan!Meh hubungi saya!!!

Saturday, April 5, 2014

Shaklee April 2014 : OSTEMATRIX

Assalamualaikum...huhu..lamanya dah tak update blog warungvitamin ni.Rase macam dah mula banyak habuk!!!hukhukhuk..(terbatuk2 tokei kedai)

Alhamdulillah..March melabuhkan tirai dengan 1001 kenangan manis..Alhamdulillah, ramai yg sale mencanak naik dsebabkan ESP!memang fenomena yg luar biasa!hebat!mantop!ramai yg xkenal ESP dah mula jatuh chenta & terpikat dgn kehebatannya!!ramai juga yg dah naik rank sbb ESP!walau apapun,March sudah meninggalkan kita,hidup mesti dteruskan & promo baru menyusul tiba!

Untuk April ini, Shaklee telah mengisytiharkan promosi OSTEMATRIX,Beli 6 Percuma 1,khas buat anda semua!taraaaaaaaa....!!!!



Apa ada pada OSTEMATRIX?Apa yg hebatnya OSTEMATRIX ??Haa,walaupun harganya agak rendah berbanding produk Shaklee yg lain,jgn pandang sebelah mata taw! Banyak manfaat OSTEMATRIX ni!Sebelum saya ulas manfaat OSTEMATRIX, mari kita kaji kandungannya terlebih dahulu:


Daripada gambar di atas,kita bole buat perbandingan,produk dari manakah yang mempunyai kandungan kalsium tertinggi.Dan sudah tentulah,manfaatnya lebih baik dr produk dari jenama lain,kan??OSTEMATRIX memang pilihan terbaik buat anda!

Berikut merupakan manfaat yg bole diperolehi kesan daripada penggunaan OSTEMATRIX secara berterusan:


Apakah kebaikan Ostematrix???

1.Menguatkan tulang:
Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf. Kalsium juga merawat tulang reput, menguatkan gusi dan merangsang darah untuk memekat.

2.Memperbaiki kekejangan dan kebas:
Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan mengurangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.Jadi bila kita bangun tidur,badan akan terasa ringan dan selesa walaupun kita terlalu penat atau tidak cukup tidur.

3.Mengurangkan stress:
Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih selesa dan membantu memperbaiki tekanan, mood yang tidak tetap, sakit kepala dan pitam

4.Memperbaiki masalah haid:
Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit sewaktu haid (senggugut) dan membantu membuang air kecil.

5.Pengalkalian tubuh:
Kalsium adalah mineral beralkali dan berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.Sangat sesuai bagi pesakit gastrik.


6.Merawat penyakit ricket:
Ostematrix Meningkatkan penyerepan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.

7.Mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga:
Magnesium dalam Ostematrix adalah ion positif nombor dua penting didalam tubuh badan kita.Jadi ia berfungsi menjadi pengaktif kepada fungsi enzim dlm badan

8.Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot:
Ostematrix Shaklee mengandungi zink, Boron, Mangan dan Kuprum yang membantu memelihara metabolism kerangka badan.

Siapa yang memerlukan OSTEMATRIX???



Tiada yang terkecuali,semua golongan memerlukan kalsium untuk mengimbangi keperluan badan kita.Jangan berlengah lagi!!!Sementara promosi ini,belilah OSTEMATRIX untuk kegunaan seisi keluarga. Jom hubungi saya untuk mendapatkan bekalan kalsium anda sekarang!!!




Thursday, April 3, 2014

Cara Penyimpanan & Pengendalian Susu Ibu (EBM)

Bagi ibu yang berkerjaya, satu-satu cara untuk memastikan niat menyusukan anak sehingga menginjak usia 2 tahun tercapai adalah dengan memerah susu ketika sedang bekerja.Susu ibu yang diperah dan disimpan boleh diberikan pada bayi ketika anda bekerja atau berjaihan dari anak.

TAHUKAH  ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? 
Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

UNTUK MEREKA YG BARU DGN PENYUSUAN SUSU IBU, BERIKUT ADALAH ISTILAH- ISTILAH PENTING BAGI SUSU IBU YANG DIPERAH:

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg sudah diperah, disejukkan bhgn chiller & tidak beku.chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI:

~bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
~bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
~breast milk storage liners/plastic yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu (disteril & BPA FREE)
~Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Ingatan: 
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel seperti berikut:

~Tarikh Perahan (sila gunakan sistem FIFO)
~Waktu perahan (sila gunakan sistem FIFO)
~Kuantiti susu yang diperah(jika perlu)
~Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Nota kaki:
Sila Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan bagi setiap bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.(Untuk ini,anda perlu membuat sedikit penyelidikan tentang tabiat penyusuan anak anda,sekiranya dia minum 4oz sekaligus,dinasihatkan anda menyimpan 4oz setiap bekas.Tetapi sekiranya anak anda minum sedikit2 lebih baik simpan susu dlm kuantiti sedikit.Ini untuk mengelakkan anda memanaskan susu yg sama berkali2 & mungkin bole menjejaskan kualiti susu & terdedah kepada bakteria)

TEMPAT PENYIMPANAN & TEMPOH SIMPANAN EBM:



1.SUHU BILIK

•Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
•Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

Ingatan:
suhu di atas harus stabil, untuk bilik ber-AC, jgn padamkan AC spjg EBM berada di bilik tersebut.

2.FRIDGE/FREEZER
•Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
•bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
•Chiller/mini bar (rak paling atas:2°C- 4 °C)- 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
•Deep freezer, tahan antara 6 bulan-1tahun (Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1°C)

3.BEKAS PENYEJUK?
•cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN:

1.Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

2.Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Berikut adalah Contoh penyimpanan susu saya di rumah:
Disarankan agar anda mengasingkan makanan anda dengan susu yg disejuk beku supaya susu anda tidak dicemari dgn bakteria yg ada pada makanan kita.



JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

Jika anda memerlukan lebih penerangan, jgn malu dan segan untuk menghubungi saya:




Wednesday, March 19, 2014

Set Kehamilan Shaklee

Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori setiap hari terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.
Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung???

Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
1.Berat bayi : 2.5 - 3 kg
2.Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
3.Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
4.Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
5.Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
6.Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
7.Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
8.Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Mengapa Set hamil Shaklee kini menjadi  semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
1.Dijamin HALAL
2.Tahan berbulan-bulan
3.Boleh dikongsi dengan ahli keluarga lain
4.Harga mampu milik
5.Semulajadi (bukan sintetik)
6.Tiada kesan sampingan
7.Juga boleh digunakan sehingga melahirkan(set berpantang)
8.Terbukti selamat dan berkesan
Set Kehamilan Shaklee terbahagi kepada 2 iaitu, Set Hamil Trimester 1 & Set Hamil Trimester 2&3.
Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:
•Vitalea
• B Complex
•Vitamin C
•Ostematrix
Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri daripada:
•Vitalea
•B-Complex
•Vitamin C
•Ostematrix
•Omega Guard

1) B Complex 
Lengkap dengan 8jenis Vitamin B utk keperluan tubuh yang sempurna.B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakansangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.
Selain itu, B Complex juga penting untuk :
Menjaga kesihatan saraf
Membantu menangani tekanan & stress
Menstabilkan emosi ibu

2) ESP
ESP penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak & penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.
Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk mereka biasanya kurang selera makan sehingga berasa lemah dan tidak bermaya.ESP juga membantu ibu-ibu memperolehi kesan yang optimum dalam pengambilan vitamin-vitamin yang lain. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.Pada masa kini, disebabkan faktor keturunan & amalan pemakanan tidak sihat, ramai ibu2 yang menghidapi GDM(gestational diabetes mellitus/diabetes ketika hamil yg disebabkan faktor keturunan atau ketidakseimbangan hormon) ketika hamil. ESP sgt bersesuaian untuk diambil oleh ibu2 GDM kerana mempunyai Indek Glisemik yang rendah, bebas laktosa & kolestrol.

3)Vita-lea
Mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Membantu ibu menambah zat besi kerana semasa hamil, semua zat daripada ibu akan disalurkan kepada anak didalam kandungan. Ibu hamil perlu mengambil nutrien tambahan untuk menampung kekurangan vitamin dalam diri.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu. Pengambilan Vitalea mengurangkan risiko kelahiran bayi kurang matang.

4)Sustained Realese Vita-C
Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan dilepaskan secara perlahan-lahan selama 5 jam di dalam tubuh kita.Vitamin C bukan sahaja penting untuk kecantikan dgn menggalakkan penghasilan kolagen semulajadi, malah juga membantu melawan jangkitan & penyakit 

5)Omega Guard
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung. DHA juga adalah asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata serta organ-organ badan yang lain, dan amat penting untuk perkembangan otak dan janin.
Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri dan mendapatkannya daripada susu ibu (selepas dilahirkan) dan daripada plasenta (ketika di dalam kandungan), oleh itu ibu hamil akan mengalami kekurangan DHA ketika hamil.
Ibu-ibu hamil dan menyusu disarankan untuk mengambil omega 3 untuk perkembangan fetus dan sebagai supplement kepada ibu hamil itu sendiri.


6)Ostematrix
Kalsium penting untuk membina darah, tulang, gigi dan saraf .Kalsium yang ada dalam badan ibu akan diserap oleh bayi di dalam kandungan jadi ibu hamil perlu mengambil sumber tambahan untuk mendapatkan kalsium untuk tubuh mereka Kekurangan kalsium akan menyebabkan ibu hamil mengalami risiko osteporosis, sengal-sengal dan sakit badan, kelesuan dan menampakkan kesan penuan. Ostematrix tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggang,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Berminat?? Jom dapatkan dengan harga berpatutan daripada saya:




Monday, March 17, 2014

Turun Berat Badan Dengan Shaklee???




Stressnye bile berat badan bertambah kan? Banyak baju yg dah x muat,org sekeliling mula perli2..kalo mcm tu ok lagi.Tapi kalau husband or boyfriend yg tegur lgi la stress kan?Mmg dah x bole dduk diam lg..mesti kene diet,turunkan berat yg da x dpt dkawal n pecahkn lemak yg berlebihan tu!!!

Kenapa berat yg berlebihan/obesiti tidak elok??
Haa mestilah berkait rapat dgn kesihatan.Antara kesan negatif akibat obesiti :
1.Diabetes
2.Darah Tinggi
3.Penyakit Jantung
4.Asthma
5.Kesukaran mendapat zuriat
6.Pergerakan yg terbatas akibat cepat letih
7.Masakah buah pinggang
8.Masalah batu hempedu
9.Pelbagai jenis kanser
 & macam2 lagi..!!

Individu yg dikategorikan sebagai obesiti adalah apabila mereka mempunyai BMI : Body Mass Index yg lebih drp 30. Bagaimana nak kira BMI?Mudah sahaja..sekiranya anda pengguna smart phone,download shj BMI Calculator..hahaha!!tp sekiranya anda tiada,bole shj buat pengiraan seperti berikut:
             Berat anda (kg)
         Tinggi(m) x Tinggi(m)

Bacaan:
20-25 = Normal
25-30 = Overweight
>30 = OBESITI

Bile BMI anda telah mencecah 25, sila ambil tindakan segera kerana anda teelah memasuki fasa GEMUK!!!!!!

Bagaimana nak turunkan berat badan???
Haaa,memang ada pelbagai cara untuk menurunkan berat badan, ada yang memilih jalan ringkas tapi memudaratkan, ada yang mengamalkan diet Atkins (sila tanya Pak Google), rutin senaman & gym dan macam2 lagi. Walau apa pun pilihan anda, anda mesti pastikan anda mampu mengikutinya,rajin, tetap hati & sabar. Anda juga boleh memilihbset diet Shaklee.

Apakah yang Shaklee bole bantu menurunkan berat badan anda??



Untuk menurunkan berat badan,anda memerlukan gabungan berikut:
OMEGA GUARD
ALFALFA
LECHITIN
HERBLAX

Keempat-empat supplemen ini betindak dlm 2 cara iaitu:

Buang Toksin
Pecah Lemak

Bagaima setiap 1 vitamin ini bertindak menurunkan berat badan??


1.LECHITIN
~ Menyerap vitamin larut lemak- A,D, E dan K
~Menghalang enapan lemak dihati
~Memecahkan lemak dan kolestrol, ‘membersih’ salur darah,mengemulsi  dan membantu metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh
~mempercepatkan pembakaran lemak 
~Mencantikkan otot dan kulit
~Meringankan sembelit-melemvutkan najis,melembapkan usus & meleraikan  toksin dalam usus.

2.OMEGA GUARD
~bertindak seperti hormon meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lemak
~Mengurangkan penghasilan lemak yang melindungi organ badan dan disekitar pinggang
~Kurangkan selera makan, rasa kenyang yang lebih lama.Ini kerana di dalam OMEGA GUARD brtondak balas dgn hormon Leptin.Leptin memveri signal kepada otak utk meyekat nafsu makan.Leptin juga meningkatkan merabolisma dgn mberi menungkatkan pengeluaran tiroid.Leptin juga meningkatkan pembakaran lemak utk ditukarkan menjadi tenaga.
~Kurangkan keradangan dan penakungan air ditisu-tisu badan
~Aktifkan pengeluaran air yang tidak perlu dari badan memberikan kesan penurunan berat yang                      signifikan

3.ALFALFA
~Mencuci hati, darah dan usus – makanan yang sangat beralkali boleh normalkan kembali badan                    yang berasid, membersihkan hati, kolon, darah, menyingkirkan toksin dari badan, mencantikkan kulit dan otot.
~menyingkirkan lemak dan kolestrol, mengurangkan kolestrol,kerana  Alfalfa              mengandungi saponin – span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol
 ~Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, ulser gastric, sembelit, hepatitis                      dan hyperacidity
~berkesan untuk pencernaan dan buang angin, menjadikan badan terasa lebih ringan. 

4.HERBLAX
~pembersihan najis yang tersekat
~meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
~mengempiskan perut
~membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. 

TIPS AGAR PROSES PENURUNAN BERAT LEBIH BERKESAN & CEPAT:
•Minum air 2-3liter sehari supaya toksin dibuang melalui air kencing
•Kawal pemakanan,kurangkan pengambilan karbohidrat,jika lapar isi perut dgn salad @ buah-buahan
•bersenam sepaya toksin badan dibuang melalui peluh
•Teruskan makan supplemen ini walaupon mgkin 1-2bln pertama tidak menampakkan hasil.Ini kerana  konsep supplemen Shaklee adalah topup ape yg kurang,buang apa yg lebih.Mgkin awal pengambilan,supplemen2 ini mbetulkan sistem badan anda dahulu sebelum mengurangkan berat badan.

Haaa..menarik bukan???Set Diet yg lengkap utk memastikan pengurangan berat badan dgn cara yg betul dan selamat.Apa yang pasti,pengambilan Shaklee utk membantu menurunkan berat badan tidak mengakibatkan kesan sampingan yg mbahayakan kesihatan.Anda perlu igt,byk produk pelangsingan di luar sana yg terlalu "extreme" sehingga menyebabkan si pengambil merasa degupan jantung yg laju serta tidak dapat tidur.

Berminat??Jom dapatkan dari saya sekarang!!!



Saturday, March 15, 2014

Rahsia Keanjalan & Keremajaan Kulit Dengan ESP



 
Fuhhh..di mana2 pon ESP Mmg hangat dperkatakan..semua org xhenti2 bcerita ttg kehebatan ESP.Agen Shaklee pun xputus2 menerima tempahan utk ESP.Mudah2an bulan ini merupakan pembuka rezeki buat semua.InsyALLAH!!!
Tapi,tahukah anda mengapa ESP begitu sinonim dgn kecantikan & penjagaan kulit?Mengapakah ramai yg memberi feedback apabila mengamalkan ESP kulit menjadi gebu,mulus & cantik??Jom kita sama2 kupas rahsia disebalik ESP!


Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Protein terbntuk drp gabungan amino asid.Apabila kita mengambil protein,ia akn memecahkn molekul protein kpd amino asid yg kemudiannya dserap ke dlm darah & dbawa keseluruh badan.Sel2 bdn seterusnya memilih amino asid yg dperlukan utk pbntukan tisu2 baru,antibodi,hormon,enzim & sel darah.

Terdapat 22 jenis asid amino yg mmpunyai karekter yg bbeza.8 drpnya adalah asid amino perlu yg sekiranya 8 asid amino ini tiada,maka protein tidak dpt dbentuk.Tetapi malangnya,8 amino asid ini tidak dpt dihasilkan oleh badan & perlu didapati dari diet seharian.

Antara sumber mknn yg mengandungi 8asid amino perlu ini adalah daging,susu,telur, ikan,hasil tenusu & SOYA.Tetapi, kebiasaannya,asid amino perlu ini akan terhapus/hilang setelah sumber makanan ini dimasak.Anda tidak perlu risau, 8 asid amino perlu ini dgn mudah boleh didapati dari ESP!!!!

Protein amat penting untuk mbaiki tisu yg rosak & pbntukan tisu2 baru.Setiap sel perlukan protein utk mengekalkan hayatnya.Protein juga adalah bahan asas utk mgantikan tisu yg rosak/mati.
  • Sel darah putih dganti baru setiap 10 hari
  • Sel yg tdapat dlm platlet darah dganti setiap 4 hari
  • Sel kulit diganti setiap 24hari
  • Lebih drp 98% molekul badan lengkap dgantikan setiap tahun

Tetapi mengapakah ESP sgt dekat dekat para wanita?Mengapa ESP begitu sinonim dgn KECANTIKAN?Kenapa bila anda mengamalkan ESP kulit anjal dan terasa gebu?Apakah rahsia tersembunyi di dalam ESP?

Jom kita BONGKAR!!!

Di dalam ESP terdapat komponen ISOFLAVONE.GENISTEIN adalah salah satu komponen isoflavone paling banyak di dalam kacang soya.
  • Soya mengandungi bahan yang dinamakan genistein, yang mana meningkatkan penghasilan kolegen semulajadi dalam badan
  • Kolagen memberi kulit kekuatan & keanjalan,tetapi penghasilan kolagen semulajadi menurun seiring dgn peningkatan umur individu
  • Dalam kajian, 53% wanita yg menggunakan ekstrak genistein mlaporkan kesan kulit yang lebih tegang & anjal 

  • Genistein bertindak sama seperti estrogen, tanpa ada kesan sampingan. Geneistein MENGHALANG enzim yang menyebakan penurunan paras kolegen & merangsang penghasilan kolagen yang baru.

    Haaa..inilah JAWAPAN kenapa ESP begitu sinonim dgn KECANTIKAN..ok, Jom jamu mata dengan testimoni pelanggan saya dgn mengamalkan ESP!!

    Nak Cantik, gebu, anjal & hilangkan parut jerawat?? Jom dapatkan ESP dari saya..



     

    Friday, March 14, 2014

    Set Sakit Lutut & Sendi Shaklee



    Saya pasti ramai di luar sana yg mengalami masalah radang sendi atau lebih mudah disebut sakit lutut.Anda pasti tcari2 apakah ubat yg paling berkesan untuk  masalah sakit lutut/sendi ini.
    Nama saintifik bagi sakit sendi ini adalah Osteoarthritis. Ia merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.Gambar berikut menunjukkan di mana terletakknya sendi dalam badan kita:
    Bagaimana 
    Osteoarthritis ini bole menyerang?
    Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif (penyakit degeneratif sendi).
    Keradangan berlaku kerana darah yang dibekalkan kurang nutrien meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
    Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.kebiasaannya,masalah ini dihidapi oleh golongan yg lebih tinggi umurnya,tetapi tidak mustahil juga blaku kepada golongan belia kerana amalan pemakanan & amalan gaya hidup yg terlalu sibuk sehingga mengabaikan pemakanan yg bkhasiat.
    Produk Shaklee apakah yang boleh membantu??
    Untuk mengatasi masalah sakit sendi/lutut ini saya cadangkan kombinadui 3 supplemen ini:
        i.OMEGA GUARD
       ii.ADVANCE JOINT HEALTH TABLET (AJHT)
       iii.OSTEMATRIX

    Apakah fungsi setiap 1 supplemen ini?

    i.OMEGA GUARD:

    Paras asid lemak omega 3 larutvdalam tisu rawan.Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yg mbentuk tisu rawan.Ia mencegah arthritis,memelihara fungsinsendi & gout dgn efektif. Omega Guard juga melambatkan degradasi tulang rawan. Omega juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan pengambilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkatkan kesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja. 

    ii.ADVANCE JOINT HEALTH TABLET (AJHT)
    Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi dalam 3 cara :
    (i) meningkatkan keselesaan sendi
    (ii) memelihara kesihatan tisu penyambung 
    (iii) meningkatkan kesan kusyen

    iii.OSTEMATRIX
    Ostematrix penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Kalsium menghalang osteoporosis & merawat tulang retak.Magnesium adalah ion positif kedua terpenting dlm tubuh.Ia menggalakkan komposisi tulang rawan Magnesium diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.Berikut merupakan komposisi dalam ostematrix:

    Berminat untuk mencuba??
    Jom hubungi saya:
    Suhana:0167734749



    Wednesday, March 12, 2014

    Panduan Pengambilan Supplemen Shaklee

    Entri sebelum ini saya ada menerangkan kenapa ada sesetengah individu yg makan supplemen tetapi tidak menampakkan sebarang kesan.Tapi kali ini,sy akan memberi sedikit panduan pengambilan Suppelemen Shaklee.

    Kenapa saya membuat panduan ini??Haa,mestilah sbb sy sayangkan customer Shaklee saya.Saya mahukan anda semua menfaatkan supplemen2 ini sepenuhnya.Saya mahu anda makan dgn betul supaya kesannya lebih cepat!!Berikut merupakan indikasi pengambilan supemen Shaklee:

    1)Advance Joint Health Tablet:
    dose : 1-2biji sehari selepas makan 
    Indikasi : utk ketidakselesaan sendi
    2)ALFALFA
    dose : 2-10 biji sehari sebelum/selepas makan
    Indikasi : keputihan, ibu menyusu, keletihan, detox, ekzema, resdung, kembung, atritis, lawas, kacip fatimah
    3)B-COMPLEX
    dose :1 biji sehari selepas makan
     Indikasi : Kehamilan, ibu menyusu, letih mata, rambut gugur, mencegah anemia, senggugut
    4)CAROTOMAX
    dose : 2 biji sehari selepas makan
    Indikasi : Masalah pengelihatan, masalah kulit, eye bag, melambatkan penuaan, kurangkan risiko kanser
    5)CHEWABLE VITA-C PLUS
    dose : Dewasa 1-5 biji sehari
              Kanak2 1biji sehari
    Indikasi :Selsema, resdung, ibu menyusu,ibu hamil, pendarahan, masalah kulit, imsonia, kecantikan
    6)COLLAGEN POWDER
    dose :1 sachet sehari
    Indikasi : pigmentasi, jeragat, liang roma besar, melambatkan penuaan, kedutan, sakit belakang, sakit sendi
    7)DTX COMPLEX
    dose: 3 biji sehari
    Indikasi :Masalah hati, batu karang, kecantikan, keletihan,tonik hati, detox
    8)ESP
    dose : 1-3sudu sehari 
    Indikasi : kehamilan, ibu menyusu, masalah kulit, pigmentasi, kesuburan, kecantikan,diabetes,gastrik,keletihan
    9)GARLIC COMPLEX
    dose : 2 biji sehari
    Indikasi : Sistem penghadaman, alergik, penyakit berjangkit,jerawat,darah tinggi
    10)GLA COMPLEX
    dose : 2biji sehari selepas makan
    kesuburan;
    1) period tak teratur 2 capsul setiap hari
    2) period teratur -mkn dari hari pertama hingga hari 14 .berhenti ketika waktu subur.Selepas hari ke 28/29 ,sekiranya haid,makan semula. Sekiranya tidak,tunggu sehingga haid.Jika lewat,check UPT. Sekiranya mengandungi berhenti mkn Gla
    Indikasi : kesuburan, PMS, menopos, menentang kanser, diabetes, pelangsingan, darah tinggi, msalah rambut, hiperaktif, autisme,jeragat,mengawal berat badan
    11)HERB LAX
    dose : 4 biji sehari, 2 kali seminggu
    Indikasi : sembelit, detox, perut buncit, pelangsingan
    12)LECITHIN
    dose : 6 biji sehari, selepas makan
    Indikasi : pelangsingan, darah tinggi, sembelit, ibu menyusu, masalah prostat lelaki, tingkatkan daya ingatan, alergik, kolestrol
    13) MEAL SHAKE
    dose : dewasa 2 sudu besar sehari
              kanak2 1 sudu kecil sehari (1 tahun ke atas) 
    Indikasi : kurang selera makan, sembelit, kecantikan, kerap demam & selsema, ibu hamil, lelah,makanan tambahan utk kanak2
    14)NUTRIFERON
    dose : dewasa 1 sachet sehari atau bila perlu
              Kanak2 3 tahun ke atas 1/2 sachet bila perlu
    Indikasi : demam, selsema, jerawat, bisul, stress, lesu
    15)OMEGA GUARD
    dose : 3 kapsul sehari selepas makan
    Indikasi : kehamilan, tingkatkan sistem imun, lelah, pelihara fungsi sendi, asma, strok, obesiti, kolestrol,risiko jantung, tumbesaran & perkembangan otak janin, imsomia, darah tinggi
    16)OSTEMATRIX
    dose : 4 biji sehari selepas makan
    Indikasi : kehamilan, ibu menyusu, osteoporisis, kekejangan, kebas, menguatkan tulang
    17)PEPPERMINT GINGER PLUS
    dose : 3 biji sehari
    Indikasi : gastrik, batuk,penghadaman detox, nausea, pedih ulu hati, cirit-birit, mabuk laut, kembung,morning sickness
    18)PERFORMANCE DRINK
    dose : 3 sudu sehari / bila perlu
    Indikasi : ahli sukan, dehidrasi, keletihan, rendah paras gula, cirit birit, tiada selera makan,gout
    19)SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS
    dose : 1biji sehari
    Indikasi: selsema, resdung, kecantikan, ibu menyusu, kehamilan, kanser, masalah kulit, imsonia
    20)VITA E COMPLEX
    dose : 1 biji sehari
    Indikasi : masalah jantung, parut, penuaan, masalah pengelihatan, masalah seksual, buasir, sakit sendi, simpul biawak, menopos, strok,kecantikan
    21)VITALEA
    dose : 1-2 biji sehari slps makan 
    Indikasi: keletihan, kurang darah, kehamilan ibu menyusu, pantang
    22)VIVIX
    dose : 1 sudu kecil sblm tidur
    Indikasi: kanser, influenza b, diabetes, kolestrol tinggi, kuatkan sistem imun, penuaan, darah tinggi, lebih berat badan,awet muda,asthma,masalah jantung
    23.)ZINC
    dose : 1biji sehari sblm makan
    Indikasi: jerawat, kesuburan, diabetes, luka, masalah prostat,keguguran rambut
    24)ENERGY TEA MIX
    Dose: 1 sachet sehari
    Indikasi: memberi tenaga, tingkat metabolisma, pelangsingan
    25)CINCH SHAKE MIX
    dose: 2 skop sehari
    Indikasi: pelangsingan, tingkat tenaga,menganjalkan otot

    Berminat utk mengetahui lebih lanjut??
    Hubungi saya
    Suhana-0167734749

    Tuesday, March 11, 2014

    Manfaat & Kebaikan ESP



    7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:
    1. Awet Muda 
    Pengambilan ESP Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan ESP terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.
     2. Meningkatkn Fungsi Hormon Wanita
    Ramuan utama ESP adalah kacang soya. Kacang soya kaya dengan isoflavon yang berfungsi sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah disamping mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Ia juga baik untuk mencegah gejala ‘hot flashes’ sebelum menapous dan membantu mencegah kanser serta anemia.
     3. Kulit Cantik Dan Anjal
    Tidak kira lelaki atau wanita,kulit merupakan organ paling dititikberatkan.Untuk kulit kekal cantik & anjal,adalah disarankan untuk mengamalkan ESP. ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. ESP juga Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping itu,ESP juga memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.
     4. Melindungi Fungsi Prostat Lelaki & Rahim Wanita
    Genistein yang terkandung dalam kacang soya telah dibuktikan mempunyai keupayaan bagi mencegah pertumbuhan dan menghalang sel kanser daripada merebak. Ia berfungsi dengan memusnahkan radikal-radikal bebas dalam sel-sel tubuh kita sebelum radikal bebas sempat bermutasi daripada DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga melindungi dan menjaga rahim,ovary dan prostat.
     5. Memberi Tenaga Segera Kepada Individu Aktif
    ESP Shaklee terbukti berkesan dalam memulih dan memberi tenaga segera untuk individu yang aktif,bekerja & sibuk, ibu yang menyusukan dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang lasak. ESP membekal tenaga segera dan meningkatkan sistem imun sekaligus memulihkan kepenatan, mencegah migrain, insomnia dan gejala stress yang disebabkan kemurungan, kebimbangan, ketakutan, tekanan kerja dan sebagainya.
     6. Megurangkan Masalah Pigmentasi
    Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lechitin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan lain-lain. Fungsi lechitin  ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan keadaan rambut yang kusam. Disamping mencegah masalah pigmentasi dan kulit berjeragat.
     7. Meningkatkan Memori
    Semakin meningkat usia seseorang bermakna daya keupayaan untuk mengingat akan menurun. Keupayaan memori seseorang memang berkadar langsung dengan peningkatan usia. Pengambilan ESP Shaklee secara konsisten akan dapat mempertingkatkan keupayaan daya ingatan. Kacang soya mengandungi isoflavones yang bertindak sebagai penerima atau perangsang estrogen dalam otak manusia, terutama dalam hippocampus iaitu kawasan penting untuk memori manusia.
    Hebatnya ESP kan??
    Kesimpulannya, ESP Shaklee mempunyai 1,001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.
    Nak cuba??
     
     
     
     
     
     
    Jom PM saya,
    Suhana:016-7734749

     

    Monday, March 10, 2014

    Kenapa Supplemen yg Kita Ambil Tak Berkesan?




    Ada sesetengah daripada kita yang mengeluh kerana setelah beberapa lama mengambil supplemen, tidak kira supplemen kesihatan, supplemen untuk kulit atau supplemen untuk kurus tetapi tidak berkesan? Tentu kita rasa tertipu kan? Arghhh, Shaklee ne tak berkesan la!!!!!

    Ha, jgn salahkan produk, analisa dahulu apakah kita makan dengan cara yang betul? Adakah kita mengawal pemakanan?

    Berikut merupakan Tips & Panduan untuk pengamal supplement Shaklee:

    1) Elakkan mengambil vitamin berikut bersama kerana ia akan mengganggu sesama sendiri penyerapan ke dalam badan :

    ~Vitamin E & Alfalfa
    ~Gla Complex & Alfalfa
    ~Vitalea & Ostematrix, Vitalea & ESP atau Vitalea dgn susu atau sebarang sumber Calcium


    3)Elakkan mengambil supplemen bersama minuman yang berkafein seperti kopi & teh. Lebih elok sekiranya diambil dengan air masak. Tetapi tidak bermakna mengambil supplemen tidak boleh mengambil kafein. Boleh, tetapi jarakkan pengambilan minuman berkafein selama 1-2 jam sebelum/selepas mengambil supplemen,ok!

    3) Supplemen, ubat doktor & jamu boleh diambil, tetapi pastikan setiap 1 itu dijarakkan pengambilannya selama 1-2 jam supaya penyerapan setiap satunya itu tidak mengganggu yang lain & badan bole menyerap dengan baik.

    4)Elakkan Vitamin berikut untuk masalah kesihatan di bawah:

    ~Pesakit SLE TIDAK boleh mengambil Alfalfa. Kerana, Alfalfa mengaktifkan sistem imun pesakit. Supplemen yang megandungi Alfalfa adalah : Vitalea, Alfalfa & Herblax

    ~Ibu yang mempunyai bayi G6PD TIDAK boleh mengambil ALfalfa kerana Alfalfa kaya dengan Vitamin K, pesakit G6PD tidak boleh mengambil Vitamin K. G6PD adalah penyakit gangguan enzim dalam darah.

    ~Pesakit SLE TIDAK boleh mengambil NUTRIFERON kerana Nutriferon berfungsi meningkatkan sistem imun manusia. Pesakit SLE sudah mempunyai sistem imun yang kuat & mungkin akan mengganggu pesakit.

    ~Pesakit thyroid, terutamanya hyperthyroid TIDAK boleh mengambil Vitalea kerana Vitalea mengandungi Iodin.

    Ingin tahu lebih banyak info???

    Jom hubungi saya:
    Suhana Mohd.Diah
    016-7734749

    Sunday, March 9, 2014

    Kenapa Kita Memerlukan Supplemen???



    Ramai di antara kita yg anti kepada supplemen.Tapi,tahukah anda kenapa kita perlukan supplemen??
    PERTAMA:
    Ada sstgh keadaan,badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

    KEDUA:
    Byk buah-buahan dan sayur-sayuran ya...ng ditanam dusembur dgn racin serangga & ada juga yg diletak bahan kimia supaya cepat masak & tahan bile dsimpan pd masa yg pjg.Ini akn myebabkan buah & sayur tidak mgndungi nutrien yg mcukupi.

    KETIGA:
    Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.

    KEEMPAT:
    Pengambilan pil penahan sakit, laksatif, merokok,ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula, dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

    KELIMA:
    Pengambilan makanan seharian yang tidak seimbang ,mknan segera serta tidak mengikut piramid makanan yang dicadangkan.

    KEENAM:
    Gaya hidup dan trend masakini dengan kehidupan yang sibuk, jarang memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan MSG.

    KETUJUH:
    Bagi yang bekerja, ada diantara kita yg mengabaikan sarapan pagi & trus sahaja mkn thari.Kebanykannya mengambil mknn ringkas tanpa menitikberatkan nutrien yg dperlukan badan