Thursday, April 3, 2014

Cara Penyimpanan & Pengendalian Susu Ibu (EBM)

Bagi ibu yang berkerjaya, satu-satu cara untuk memastikan niat menyusukan anak sehingga menginjak usia 2 tahun tercapai adalah dengan memerah susu ketika sedang bekerja.Susu ibu yang diperah dan disimpan boleh diberikan pada bayi ketika anda bekerja atau berjaihan dari anak.

TAHUKAH  ANDA Susu ibu mengandungi sel hidup? 
Sebab itu, susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

UNTUK MEREKA YG BARU DGN PENYUSUAN SUSU IBU, BERIKUT ADALAH ISTILAH- ISTILAH PENTING BAGI SUSU IBU YANG DIPERAH:

* EBM = Expressed Breast Milk
* Fresh EBM = Susu yg baru diperah
* Chilled EBM = Susu yg sudah diperah, disejukkan bhgn chiller & tidak beku.chilled EBM akan membentuk dua lapisan, ia bukan basi
* Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku

BEKAS PENYIMPANAN YANG SESUAI:

~bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
~bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
~breast milk storage liners/plastic yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu (disteril & BPA FREE)
~Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 3 kali sebelum dibuang.

Ingatan: 
Pastikan setiap bekas penyimpanan telah dibersihkan, disteril dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan.

Apabila susu telah disimpan di dlm bekas, pastikan setiap bekas ditandakan dgn lebel seperti berikut:

~Tarikh Perahan (sila gunakan sistem FIFO)
~Waktu perahan (sila gunakan sistem FIFO)
~Kuantiti susu yang diperah(jika perlu)
~Nama Bayi (untuk mengelakkan tertukarnya perahan susu ibu tadi jika ramai bayi di taska/ pusat jagaan harian)

Nota kaki:
Sila Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan bagi setiap bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.(Untuk ini,anda perlu membuat sedikit penyelidikan tentang tabiat penyusuan anak anda,sekiranya dia minum 4oz sekaligus,dinasihatkan anda menyimpan 4oz setiap bekas.Tetapi sekiranya anak anda minum sedikit2 lebih baik simpan susu dlm kuantiti sedikit.Ini untuk mengelakkan anda memanaskan susu yg sama berkali2 & mungkin bole menjejaskan kualiti susu & terdedah kepada bakteria)

TEMPAT PENYIMPANAN & TEMPOH SIMPANAN EBM:



1.SUHU BILIK

•Jika bilik tidak ber-AC (aircond) (25 oC - 37 oC), disarankan tidak lebih dr 4 jam
•Jika bilik ber-AC (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam

Ingatan:
suhu di atas harus stabil, untuk bilik ber-AC, jgn padamkan AC spjg EBM berada di bilik tersebut.

2.FRIDGE/FREEZER
•Peti Sejuk (1 pintu) - bahagian beku - 2 minggu
Peti Sejuk (2 pintu)
•bahagian beku (-20 °C) - 3 bulan
•Chiller/mini bar (rak paling atas:2°C- 4 °C)- 3-5 hari (hari yg ke 5, masukkn terus ke bahagian beku)
(selepas dibekukan>>chiller) - 24 jam
•Deep freezer, tahan antara 6 bulan-1tahun (Jika ibu menyimpan susu di dalam tempat pembeku yang mempunyai suhu sehingga -1°C)

3.BEKAS PENYEJUK?
•cooler bag/box (0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

PERINGATAN:
* susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula
* susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula

TIP DAN CARA PENYIMPANAN:

1.Di Pejabat

* Simpan susu yg telah diperah di bahagian bawah peti sejuk dan bukan di bhgn beku. Ini bertujuan memelihara kehilangan antibodi akibat pembekuan (susu ibu yg dibekukan masih jauh lebih baik daripada susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi)
* Jika tiada peti sejuk, simpan di dalam cooler bag yang diletakkan bersama pek ais

2.Di Rumah
Simpan sebanyak yg boleh dibahagian bawah peti sejuk dan sedikit shj dibhgn beku.

* Susu yg disimpan dibhgn bawah akan dibekalkan kepada bayi untuk bekalan hari esok.
* Susu yg disimpan dibhgn beku adalah untuk dijadikan stok beku perahan susu ibu.

Berikut adalah Contoh penyimpanan susu saya di rumah:
Disarankan agar anda mengasingkan makanan anda dengan susu yg disejuk beku supaya susu anda tidak dicemari dgn bakteria yg ada pada makanan kita.



JANGAN BUAT!! JANGAN BUAT!!

* Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk). sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil.
* Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan

Jika anda memerlukan lebih penerangan, jgn malu dan segan untuk menghubungi saya:




No comments:

Post a Comment