Tuesday, May 12, 2015

Kentut Faraj ---->>> Ramai Isteri Buat Tak Endah!


Kentut faraj atau kentut vagina...ramai kawan-kawan yang hadapi masalah ni!
Anda pon ada ke?ke anda buat tak peduli?Ke tak perasan pon yang berbunyi tu datangnya dari vagina?

Okey, meh sue explain dulu, apa itu kentut faraj, supaya kita lebih mengerti, masalah yang kita atau kawan-kawan kita hadapi:

Apa itu kentut vagina?





Alat kemaluan sulit wanita mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Ianya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj ataupun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.
Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj. 
Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.
Angin itu adalah udara di sekeliling,yang masuk ke dalam faraj, maka tidak berbau. Walaupun keluar angin daripada faraj dan berbunyi macam “kentut”.
Bunyinya kuat dan sangat memalukan jika didengari oleh orang di sekeliling kita.


Kenapa berlakunya kentut vagina?  
Kentut Vagina  sering dialami oleh wanita terutamanya yang telah menopause. Selain itu, ibu-ibu yang baru lepas melahirkan juga sering terdedah kepada masalah kentut vagina kerana alat sulit menjadi ‘longgar’ selepas perineum digunting ataupun terkoyak semasa proses kelahiran.

Selepas melahirkan anak, lazimnya faraj akan mengembang dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila menopos. Kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku apabila hormon kewanitaan (estrogen dan progesterone) tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari..Keadaan ini akan menyebabkan bibir di permukaan faraj renggang dan udara dapat memasukki ke dalam faraj terutama dalam posisi sujud.


Ia juga berlaku apabila ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu. Seterusnya ia akan menyebabkan rahim jatuh keluar daripada faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.


Punca lain kentut vagina? 
·                     Kehamilan
·                     Melahirkan
·                     Faktor usia dan menopause
·                     Obesiti
·                     Fibroid yang besar
·                     Sembelit yang kronik


Kesan Akibat Masalah Kentut Vagina
Kentut vagina tidaklah membawa maut tetapi janganlah pula kita buat tidak tahu.Tahukah anda antara kesan lain yang akan berlaku jika kentut vagina tidak di kawal?
·                     Rahim Jatuh (tombong)
·                     Masalah hubungan Intim suami isteri
·                     Terkencing setiap kali batuk atau bersin
·                     Kencing tidak puas
·                     Rasa was-was samada wudhuk batal atau tidak


KENTUT VAGINA DARI SUDUT ISLAM
Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan:
1.  Berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas,
2.  Mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil,
3.  Melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). 

Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika dia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj. Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut/kagel untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj. 


Wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;
 
1.  Berdehem selepas membuang air kecil.
2.  Membasuh kemaluan dengan sempurna.
3.  Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.
4.  Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

Sikap berhati-hati dalam menunaikan ibadah solat amat penting agar solat sah dan diterima Allah.


Bagaimana nak atasi masalah kentut vagina?
·   Elakkan berdiri terlalu lama
·  Amalkan pemakaian Girdle yang sesuai
·   Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan sembelit kronik
·   Elakkan meneran semasa membuang air besar lebih daripada 15 minit
·   Berdehem sampai tiada lagi angina atau titisan air semasa buang air kecil
·   Lakukan senaman pelvik atau lebih dikenali sebagai Senaman Kegel/Kemut

Senaman Kegel atau kemut ini sangat senang dilakukan. Anda boleh lakukannya pada bila-bila masa.
Cara melakukan Senaman Kegel ialah duduk dan lakukan kemutan dalam 2-3 saat(bayangkan anda sedang menahan kencing). Senaman ini perlu dilakukan 3 sesi sehari iaitu 25 kali setiap sesi.




Supplemen Shaklee bole bantu ke untuk masalah ini?



Ye, mestilah ada…..ALFALFA!
Alfafa boleh dianggap sebagai kacip Fatimah moden-bertindak sebagai “PERAPAT” yang mengetatkan semula otot faraj.Secara tidak langsung, ALFALFA membantu dalam mengembalikan kehangatan hubungan suami isteri!

Selain dapat merawat masalahan keputihan, membesarkan dan menegangkan payudara. Alfafa juga dapat memulihkan urat selepas bersalin,merapatkan miss V, melancarkan sistem penghadaman, sebagai pelawas sesuai jika mengalami masalah sembelit dan paling penting untuk ibu-ibu yang menyusu alfafa dianggap sebagai mebantu melancarkan penyusuan dan menambah susu badan. 

Sebab tu lah ALFALFA ini kawan baik setiap wanita.. hihihi…

Kepada rakan, rakan pembaca yang mengalami masalah KENTUT VAGINA atau masalah-masalah berkaitan wanita yang lain, perlukan khidmat nasihat & konsultasi ekslusif, bole hubungi saya pada bila-bila masa sahaja!

Suhana
016-7734749

1 comment:

  1. singgah pagi

    jom singgah blog saya
    http://85mutiarabeauty.blogspot.com/

    ReplyDelete