Friday, May 22, 2015

Review: The Gym Madness,Taman Setia Tropika JB

Assalamualaikum kawan-kawan,pembaca blog sue!

Harini Sue nak buat review sikit pasal Gym yang Sue pegi..Gym ni namanya The Gym Madness,terletak kat Setia Tropika Johor Bahru. Since gym ni bersebelahan je dengan kawasan rumah sue,boleh la join kan...

Hihi..sebenarnya,Sue sekarang cuba menjadikan aktiviti Gym ni sebagai gaya hidup...Yelah,makan supplement je tak cukup kan nak pastikan diri kita ni betul-betul sihat. Kene la juga pastikan badan kita ni mengeluarkan peluh & ada stamina..barulah betul-betul boleh sihat dengan erti kata sebenar kan?kah!!

Biasanya sue akan pegi alternate day untuk hari minggu..dan Sabtu Ahad..so kiranya seminggu Sue akan pergi 3-4x seminggu jika ada kelapangan. Jemput cuci mata dengan gambar-gambar yabg sue ambil :)



       Haaa,ni lah The Gym Madness,milik seorang doktor perempuan(maaf,tak tahu nama owner..hihi).Gym ni 2 tingkat,belah bawah sekali tu kedai ubat Cina,memang parking selalu penuh.Bukan sebab ramai pelanggan gym,tapi ramai singgah beli pampers & susu anak! Sebelah kedai ubat tu restoran Teratak Bonda..memang kalau tgh workout macam-macam bau ada.Menggoda sungguh!

Ini fasiliti yang ada,sue tak banyak ambil gambar sebab segan!hihi..tapi puas ati la,agak lemgkap walaupun tak ada trainer yang tinggu kat situ sebagai kaunter pertanyaan! Gym yang dulu sue pegi memang ade sorang trainer pacak kat area kita workout.so kalau sesapa nak tanya bole ja..


Haha ,khusyuk tak berlari atas treadmill??takde orang bole la berangan sambil selfie...kalau ade orang,berani plak nak ambil gambar!

Ni plak hall untuk zumba,freestyle & kelas-kelas lain.Since sue register untuk yearly membership,layak je masuk klas-klas ni for free.tapi malangnya masa tak ngam plak!yelah,turn papa la plak g gym & mummy ambil giliran jaga Firas...


Ni bilik locker & salin baju..okeyla,selesa!



Disebabkan gym ni kepunyaan muslim,alhamdulillah lah dia ada sediakan surau bagi muslim..so kalau syok sangat workout sampai tak perasan waktu solat dah suntuk,bole solat kat sini ja!



Ni toilet,asing untuk lelaki & perempuan.Bersih!

Sebenarnya gym ni ada 2 level,1st level untuk abang-abang sado build muscle,2nd level tok yang nak buat cardio.Sue memang tak ambil gambar tok level 1..malu lah..nak toleh pon segan.aurat!hahaha
Taraaa!ni la tshirt rasmi Gym ni.sue dapat FREE ja sebab register membership kan..

Berapa yuran masuk?sebabkan ini gym baru buka,masa awal-awal before ofiicial opening dia ada buat promo(chewah!macam shaklee lak ye ade promo!), untuk keahlian setahun cuma RM499 (sehingga Mac 2015) kalau tak RM699 setahun,dapat free tshirt,free locker,free towel & free class...kalau nak per entry RM10 (sue rasa fee dia standard la tok mana-mana gym sekitar JB ni).

Okeylah,tu aja nak kongsikan.kawan-kawan doakanlah sue "istiqomah" ye pegi gym ni.target Sue:
-nak turunkan 2-3kg
-nak kempiskan perut
-nak sihat
-Nak ada stamina


Ok,tu je!byeeee

Loves,
Suhana
Sr. sup in June



4 comments:

  1. Kalau nak datang untuk turun berat badan, terus dtg kat situ je ke? Bayar RM10?

    ReplyDelete
  2. Kalau nak datang untuk turun berat badan, terus dtg kat situ je ke? Bayar RM10?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Kak Kalau nak naikkan berat badan dengan ikut gym bole tak akak?

    ReplyDelete