Tuesday, June 16, 2015

Bengkel Nutrisi di JB Branch - Pengisian Hujung Minggu Penuh Manfaat

Assalamualaikum & salam sejahtera kawan kawan!

Maaf, agak delay nak update blog. Sibuk dengan urusan hakiki sebagai seorang ahli kimia, ibu, isteri & part time biz women (alasan).

Okey cuma nak cerita aktiviti sue Sabtu lepas.... Sue pergi Bengkel Nutrisi Shaklee.
Pergi bersama anak downline Sue merangkap rakan  baik zaman sekolah...
Sebenarnya ini kali ke-2 Sue menghadiri bengkel ni. Yang pertama pergi tahun lepas bersama upline, sideline dan seorang lagi anak downline Sue.
Tapi untuk tahun ini, Sue pergi mememani anak downline yang lain. Tak kisah pon pergi banyak kali, sebab setiap tahun walaupun penerangan tentang supplemen yang sama, tapi pengisian & info nya berbeza.

Posing bersama anak downline, Saadiah...poyo muka!

Gagah kan cari ilmu nak memberi servis terbaik?hihi..tak kisahlah gunakan masa hujung minggu nak tuntut ilmu.... nasib baik dapat suami yang sangat memahami...boleh jagakan Firas semasa ketiadaan Sue.

BENGKEL NUTRISI... apa tu?

Kelas nutisi ni, kelas yang dianjurkan oleh SHAKLEE yang dibuka penyertaannya untuk semua ahli SHAKLEE. tak kisahlah ahli yang nak makan sendiri atau yang nak berbisness.

Dari pukul 10 pagi hingga pukul 5 petang, kami akan diajar secara ringkas tapi padat tentang setiap vitamin yang SHAKLEE ada seperti VIVIX, KALOGEN, ESP dll...dari segi SHAKLEE DIFFERENT, FUNGSI dan macam -macam lagi la!

Yang ajar ni bukan orang biasa ya..tapi NUTRITIONIST khas yang dilantik oleh Shaklee. Special kan SHAKLEE, siap ade nutritionist lagi! Yang mengajar kami hari tu adalah NURUL, nutritionist dari Branch KL (maaf tak dan nak capture gambar dia hihi)


Buku nota Kelas Nutrisi yang diberikan untuk membuat catatan 

Di awal kelas, kami akan diberikan buku nota Bengkel Nutrisi yang isi kandungannya separuh lengkap. Dalam buku tu memang dah tersedia nota, tapi ada ayat yang diletakkan tempat kosong supaya kita boleh isi sendiri. Taklah mengantuk kalau mendengar je kan???

Semasa bengkel berlangsung, tidaklah hanya penerangan sahaja..mestilah bosan kan...so kita ada juga aktiviti, sesi soal jawap & demo produk. 

Kat bawah ni, ada demo masker KOLAGEN & TONER shaklee. Bancuh sepaket Kolagen dan dicampur dengan toner nutriwhite. Lepas siap bancuhan boleh laa nak sapu kat mana2 bahagian badan..biasanya kalau nak buat masker guna kolagen, sepaket buat buat 3x masker. jimaaaattttt efeknya pon ohsem!


Masker kolagen & boleh dicampur dengan apa-apa toner.Tapi lagi ohsem kalau guna NUTRIWHITE!

Sue pon tak ketinggalan gak cuba masker ni....buat kat tangan...lepas kering cuci dengan air bersih & buat perbandingan dengan tgn yang sebelumnya! Perghhhh, mmg nampak beza! lebih putih!

Nampak kan beza?tak ada edit ye..lighting pon sama ja



Selepas 2 jam bengkel berlangsung, kami diberikan rehat sejam untuk makan tengah hari & solat zohor.Masa inilah Sue berbual dengan geng-geng shaklee di bawah susur galur yang sama..sempatlah pose 1 gambar!

Bukan dapat FREE lunch je...Shaklee juga sediakan MEALSHAKE free.kalau rasa mengantuk , boleh keluar bilik sekejap dan bancuh MEALSHAKE! hihi...sedapppp rasa vanilla..hurmmmm

Dari kiri - Ekin, Tiqah & Sue!
Lepas lunch mulalah mengantuk..mata pon pedih kan?? So Nurul buat sikit game sebelum sambung semula bengkel...game music bowl! hihi...Beliau mainkan muzik sambil kami peserta passing mangkuk yang berisi soalan.Bila muzik berhenti, siapa yang pegang mangkuk dia kene cabut kertas yang ada soalan. Kene jawap, dan kalau betul dapat hadiah...dapat sebotol LECHITIN tau! sapa nak bagi FREE...sebotol je dah berharga RM50++. UNTUNG sapa dapat! Sue tak bernasib baik nak pegang mangkuk masa muzik berhenti!kahhhh...


Ekin yang bertuah dapat jawapm soalan dan dapat FREE Lechitin!

Bengkel berlangsung sehingga jam 5. Memang sangat padat pengisiannya....banyak sangat ilmu yang Sue dapat serta pengetahuan dalam bidang perubatan ni. Sebelum berakhir bengkel, Nurul bagi kami jawap soalan kuiz yang ada 25 soalan berkaitan dengan semua supplement yang dia dah terangkan sejak dari awal. Tak sangka! I dapat score 24/25 tau! hebat! hahaha....alhamdulillah...memang bidang yang Sue minat.Lagipon Sue memang dah faham dengan produk Shaklee, taklah susah nak jawap. Dah jadi makanan harian kita kan supplement ni, so memang dah tahu.


Taraaaa..terer tak?hihi...sory tulisan memang ala ala doktor

alhamdulilllah...dah jadi top scorer, dapatlah hadiah penghargaan...Sue dapat :

~Vitamin C Chewable (RM 38)
~Pill Box Shaklee (RM5)
~Woven beg

Alhamdulillah rezeki menuntut ilmu

Hihi...dapat juga hadiah kan.....
Ada model yang tumpang posing dengan FREE GIFT yang sue dapat


Di akhir kelas , kami dianugerahkan sijil oleh pihak SHAKLEE. So, kiranya sesapa yang dah pergi Bengkel Nutrisi ni, dah ada ilmu tentang supplement serta paham dengan semua fungsi dan dah boleh consult customer apa supplement yang sesuai untuk masalah kesihatan mereka.

Sijil yang Sue dapat


Posing yang sangat ayu bersama Sijil 

Pose bersama anak downline Sue (gambar ni nampak Sue gemuk...mencik!)


Bersama Ekin lagi....

Sue berpendapat, Bengkel Nutrisi ini sangat bermanfaat. Kerana ia membuka mata kita tentang keperluan menjaga pemakanan & keperluan menjaga kesihatan. Banyak bende yang kita boleh beli kat dunia ni, kecuali umur, kesihatan & kebahagiaan... kan???? bak kata Saadiah, lepas bengkel ni, rasa nak makan je semua supplement Shaklee.Sebab memang rasa terkena je dengan masalah yang dia tengah hadapi...

Haaa...kalau korang nak beli produk shaklee, atau nak dapat konsultasi tentang masalah kesihatan korang, jangan malu malu cari Sue. Sue dah terlatih, dan insyAllah akan memberikan solusi serta servis terbaik buat kawan-kawan semua....jangan la takut atau ragu-ragu ye!


sekian, ini sahaja coretan Sue hari ini...

Terima Kasih sebab sudi membaca :)


Suhana 
0167734749


9 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah terisi masa hujung minggu ..:)

      Delete
  2. JOM KE BUFFET RAMADHAN IDFR, KL HANYA RM45/SEORANG

    http://faridaredbellas.blogspot.com/2015/06/buffet-ramadhan-hanya-rm45person-di.html

    ReplyDelete
  3. Btl tu.. Jge mknn.. And bersenam..
    Blogwalking sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...kalau perlukan supplemen cari sue ye...

      Delete
  4. Replies
    1. hihi...tq hanis...nak tuntut ilmu ni tak kira umur...

      Delete
  5. salam ramadhan, hee sonoknya menang dan dpt barang free mak kann ;p

    ReplyDelete