Monday, June 8, 2015

Tempe Goreng Tepung- Kudapan berprotein tinggi!

Assalamualaikum!

Hai kawan-kawan...sue nak tanya, siapa pembaca blog sue orang JAWA?
Siapa orang JOHOR?

Hihi...kalau orang JOHOR, tak kiralah melayu, bugis, atau jawa, mesti makan tempe!

TEMPE ni diperbuat dari kacang soya yang dikulatkan...

Banyak sangat khasiat kacang soya ni, antaranya:

~Mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.

~Kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous. Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.

~Mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung.

~Mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

~Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.


Harini, sue nak kongsikan 1 resepi mudah berasaskan TEMPE iaitu TEMPE GORENG TEPUNG.
Tempe goreng tepung ni paling sesuai dijadikan kudapan ketika minum petang atau pon sarapan pagi. Paling sedap kalau cicah dengan sambal kicap ye! hihi...


RESEPI TEMPE GORENG TEPUNG:

Bahan-bahanya:

Tempe yang dipotong segiempat nipis
Serbuk kunyit
Secawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
Sedikit ketumbar
2 ulas bawang putih
Sedikit jintan manis
Sedikit Jintan putih
Sedikit garam
Air


Cara membuatnya:

1. Tumbuk hingga lumat bawang putih, jintan manis & jintan putih
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung,garam & serbuk kunyit.
3. Masukkan bahan yang ditumbuk.
4. Bancuh bahan-bahan tadi dengan air( jangan terlalu pekat atau terlalu cair ya)
5. Celup tempe dalam bancuhan tepung dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.



macam mana?tergoda tak?hihi


Makan tempe goreng ni, kalau tak dicicah dengan sambal kicap memang tak sah kan!hihi...kat sini sue kongsikan resepi sambal kicap:

Bahan-bahan:

10 biji cili padi
3 ulas bawang putih
Gula secukup rasa
Kicap
Sedikit perahan limau kasturi

Cara membuatnya:

1. Tumbuk hingga lumat bawang putih & cili padi
2. Campurkan sedikit gula ikot kesukaan rasa
3. Tambahkan kicap dan perahkan sedikit air limau kasturi


Tak ada makna makan tempe goreng tanpa sambal kicap!

Selamat mencuba kawan-kawan!!!!


23 comments:

  1. singgah pagi
    sory hr nie x de mood nak BW, demam x baik lagi ..
    office sejuk beku... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good morning kak zakiah...laaa demam ke?ke monday blues...hihihi...jaga diri okey!

      Delete
  2. yumm..yumm..sedapnya..
    suka jgk mkn tempe..goreng garing2..fuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangatttttt sedap..feberet saya tempe ni!hihi...

      Delete
  3. Ya Allah sedapnyer sis... bab cicah ngn sambal kicap tu meletoppp... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...xde sambal kicap xlayan la tempe n...mereka serasi bersama...hihihi

      Delete
  4. sedapnya tengok pagi-pagi ni... dah la tak sarapan lagiks (^___^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..maaf kerana menyiksa mata ...jemput jamu mata je ye!

      Delete
  5. saya org jawa johor . tempe dan sambal kicap umpama irama dan lagu , isi dan kuku ...heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnn.....mmg serasi la bersama....kalau minum ptg kat luar pon, mesti cari tempe goreng

      Delete
  6. favourite saya ni. dah nama jawa johor. menariknya kat sp, lepas celup tepung, depa tabur bijan. sedap jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...jawa johor tp dok SP ea...wahhh siap ade bijan ke?boleh cuba lepasni...tgk boleh 'masuk' ke tak

      Delete
    2. pernah jumpa orang jual pisang goreng, ditabur bijan jugak. tepung tu rasa lebih rangup. tapi apa la maknanya kalau takde sambal kicap...

      Delete
  7. saya suka tempe walaupon bukan orang Johor. hihihi. darah johor tu ada sikit sebab mak orang johor. hihihi. tempe sungguh enak dimakan begitu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi...tapi ade gak orang yang mmg xlalu makan tempe.tak boleh masuk lgsg katanya!

      Delete
  8. Asal kudapan ni boleh jadik lauk,sue..lebih lagi ada sambal kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kak...juadah paling senang kalau ada tempe ni..

      Delete
  9. sedap sedap dh jd peberet jugak cicah pisang atau ubi dgn sambal kicap.pengaruh duduk d johor dlu. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..kat johor kalau yg goreng goreng ni..ubi ke,keledek ke, pisang ke..mesti nak cicah dgn sambal kicap!

      Delete
  10. Cikna bukan org johor bkn org jawa tp Tempe mmg febret asal mskn tu Dr Tempe mmg cikna bedal... Tempe goreng berherba ni sllunye cikna beli sekeping 50sen je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.kalau cikna buat sendiri lagi murah..kalau beli kat luar saiznya kecik..tak puas nak makan

      Delete
  11. Sedapnya... nanti Zumal nak cari tempe gak. Salam Ramadhan yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. carilah zumal..kalau di johor ni memang sentiasa ada...kat negeri lain tak pasti pulak...salam ramadhan juga!

      Delete